• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Remaja Lelaki ‘Kena Lauk’ Dek 2 Perempuan

oleh AK-47
17/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja lelaki dibelasah teruk oleh dua remaja perempuan selepas dikatakan cuba membela nasib kawannya yang menghidap penyakit Autisme daripada dibuli mereka berdua.

Video kejadian yang berlaku di Emersons Green, Bristol, England pada 7 Jun lalu menunjukkan Jake Andrews, 14, dipegang kiri dan kanan dua remaja perempuan sebelum ditendang bertalu-talu di bahagian muka.

Remaja Dibelasah Kerana Cuba Bela Rakan Autisme

Andrews kelihatan berusaha juga mematahkan serangan lawan namun tidak berhasil apabila tumbukan terus hinggap pada muka dan perutnya.

Salah seorang remaja perempuan terbabit turut dilihat cuba mengambil sesuatu dipercayai telefon bimbit dari poket baju Andrews namun tidak berjaya.

Remaja Dibelasah Kerana Cuba Bela Rakan Autisme

Apabila Andrews bertanya “kenapa kamu sentuh telefon saya?” remaja perempuan terbabit didengar menjawab ianya kerana Andrews ada merakam videonya. Dia juga menuduh Andrews telah memukulnya dahulu.

Kejadian yang dirakam seorang kawan Andrews sebelum membantunya dengan menyuraikan pergaduhan pada Khamis lalu, dimuatnaik Andrews sendiri di laman sosialnya dan mendapat tontonan lebih 600,000 kali.

Andrews dikatakan mengalami kecederaan pada bahagian dahi, rahang serta kepala akibat dibelasah pada hari berkenaan.

Pergaduhan berkenaan kini disiasat pihak polis manakala kedua-dua remaja perempuan berusia 14 dan 15 tahun yang membelasah Andrews, dilaporkan telah digantung sekolah sebagai hukuman. – MYNEWSHUB.CC

Tags: autismedibelasahremaja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd