Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

62 Penduduk Di Pusat...

SHAH ALAM - Sejumlah 62 penduduk ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di daerah...

Rita Rudaini Gertak Saman...

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak post haa makanlah saman... Begitulah yang menimpa nasib...

Bekas Tunang Tidak Terkejut,...

PENGAKUAN penyanyi Adira yang mendedahkan telah bergelar isteri kedua kepada seorang Datuk Seri...

Video: Rani Kulup Belasah...

WALAUPUN bukan selebriti yang sering muncul di kaca TV ataupun layar perak namun Abdul...

Video: Pelajar IPTS Diragut Tiga Mat Motor

SEORANG mahasiswi jurusan undang-undang di sebuah kolej swasta cedera selepas dia diragut oleh tiga lelaki dalam kejadian di hadapan pos pengawal sebuah gereja di Jalan Tun Sambathan, kelmarin.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) bertarikh 10 Jun, Angelin Chew Hsia, 20 pada mulanya sedang menunggu teksi di hadapan pos pengawal gereja itu.

Namun tidak beberapa lama kemudian, kelihatan dua motosikal dinaiki tiga lelaki masuk ke halaman depan gereja sebelum berpatah balik ke arah mangsa yang berada di hadapan pos pengawal.


Pelajar IPTS Diragut Tiga Mat Motor oleh mynewshub

Pembonceng motosikal pertama cuba merentap beg silang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu terjatuh, dan terus melarikan diri.

Bagaimanapun, ketika mangsa sedang terbaring kesakitan, penunggang sebuah lagi motosikal menghampiri mangsa dan melarikan telefon bimbit jenis iPhone 6 yang dipegang mangsa,


Seorang wanita kemudian cuba menolong mangsa, namun difahamkan pengawal keselamatan di dalam pos pengawal menegahnya berbuat demikian dengan alasan tidak mahu terlibat dalam kejadian.

Angelin mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan dua batang gigi atasnya dilaporkan patah separuh akibat mengalami hentakan kuat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah memetik laporan BH Online mengatakan usaha mengesan suspek kini sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun hingga mendatangkan kecederaan. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori