• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Biawak Gergasi Cuba Nasib ‘Ceroboh’ Rumah

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA yang akan anda lakukan jika menyaksikan rumah anda sedang dipecah masuk oleh seekor biawak yang sangat besar sehingga boleh digelar gergasi?

Well, merakam kejadian itu adalah satu kemestian bagi kebanyakkan netizen. Jika bernasib baik, anda mungkin viral seperti Chickaboo dan Hafiz Mahamad, kan?

Ini yang berlaku kepada seorang lelaki, Attanai Thaiyuanwong pada hari Ahad lalu apabila dia terlihat seekor biawak gergasi sedang mencuba untuk memasuki rumahnya di Nonthaburi, Thailand.

Biawak tersebut kelihatan persis seperti manusia dengan ketinggian yang dianggarkan setinggi lelaki Asia sedang berdiri tegak menggunakan kaki belakang dan mulutnya berada di tombol pintu.

Dari sudut pandangan Attanai, dia dapat melihat seolah-olah biawak tersebut sedang cuba memasuki rumahnya.

Attaanai kemudian mendapatkan bantuan dan cuba menghalau biawak tersebut dari rumahnya menggunakan kayu dan tali. Beberapa ahli keluarga Attanai yang lain turut menyaksikan kejadian tersebut dari dalam rumah mereka menerusi tingkap yang berada bersebelahan dengan pintu rumah mereka.

Jeritan seorang lelaki boleh didengari dalam rakaman tersebut dan dia berkata, “Biawak di dalam rumah kami! Ia merupakan biawak yang sangat besar!”

Kemudian kedengaran pula suara seorang wanita yang mendakwa biawak gergasi itu akan meninggalkan tempat tersebut jika duit syiling dibaling kearahnya.

Suasana menjadi sedikit kecoh apabila reptilia itu menakutkan semua individu yang berada di rumah Attanai dengan mengibas ekornya.

Tidak dapat dipastikan jika biawak tersebut meninggalkan rumah Attanai tanpa sebarang kecederaan, tetapi melihat kepada status-status lain yang dikemaskini oleh Attanai di akaun Facebooknya selepas kejadian itu, kami menanggap biawak itu telah kembali ke tempat asalnya tanpa sebarang kecederaan.

Mengikut tradisi Thailand, kehadiran biawak dipercayai membawa ‘tuah’ kepada mereka yang berhadapan dengan haiwan tersebut.

Biawak juga dikenali sebagai Tua Ngern Tua Thong dan Hia di Thailand. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BiawakThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd