• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Anak Muda Kuala Selangor Serang Premis Judi

oleh AK-47
23/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Rakaman sekumpulan pemuda menyerang sebuah premis yang didakwa menjalankan aktiviti perjudian di sekitar daerah ini telah menjadi viral menerusi laman sosial sejak malam kelmarin.

Mereka dipercayai ahli kepada Pertubuhan Bersatu Anak Jati Kuala Selangor yang bertindak demikian selepas terpanggil untuk memperbetulkan kemusnahan sosial yang berlaku akibat kewujudan kedai-kedai judi haram.

“Kami tidak menyalahkan mana-mana pihak, kami buat atas dasar tanggungjawab untuk menolong anggota dan tidak mahu benda seperti ini di kawasan kediaman kami,” kata jurucakap kumpulan itu kepada Mynewshub.

Menerusi video berdurasi dua minit 50 saat, kelihatan tujuh pemuda berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an berkumpul di sebuah restoran sebelum menyerbu sebuah premis judi berdekatan di pekan itu pada waktu malam.

Mereka kemudian bertindak memecahkan beberapa peralatan di dalam premis tersebut seperti komputer dan pelbagai alatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian.

Beberapa pemuda daripada kumpulan sama turut dilihat menyerbu sebuah lagi premis dan menendang pintu yang berkunci.

Mungkin dari segi undang-undang, tindakan anak-anak muda itu adalah satu kesalahan kerana menceroboh tetapi kewujudan premis-premis mesin judi itu juga merupakan kesalahan yang jauh lebih besar terhadap undang-undang dan kemanusiaan.

Daripada komen-komen yang diutarakan netizen, ternyata tindakan anak-anak muda tersebut disokong bagi membersihkan kawasan mereka daripada kerosakan yang dibawa oleh pengaruh negatif pusat perjudian itu.

Rakaman klip video tersebut mendapat tontonan lebih dari 411,000 dan turut dikongsi lebih daripada 2,000 pengguna sosial media sejak dimuat naik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah telah mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kedai judiKuala Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Gangguan Air : Hulu Selangor, Kuala Selangor Sudah Pulih

11/10/2023
0

SHAH ALAM – Tahap pemulihan bekalan air di tujuh wilayah terjejas akibat henti tugas sementara bagi tiga fasa loji rawatan...

Gangguan Bekalan Air Di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor Esok

Gangguan Bekalan Air Di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor Esok

21/05/2023
0

SHAH ALAM : Lebih sejuta penduduk di sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd