• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Berang Ada Usaha Dalam Republican Gagalkan Pencalonannya

oleh Ahmad Albab
19/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAS VEGAS – Calon presiden Republican, Donald Trump, yang berang dengan usaha saat akhir sebahagian anggota parti itu menggagalkan beliau dinamakan sebagai calon, mengancam menghentikan sumbangan dana jika ahli parti itu tidak menyokongnya.

Bercakap di Pulau Treasure di Las Vegas, Trump merujuk kepada ‘kumpulan pemberontak’ yang cuba menghalang perwakilan pada konvensyen parti itu Julai ini.

“Sekarang ada beberapa orang yang kalah teruk dan cuba menganjurkan sesuatu yang kelihatan seperti rampasan perwakilan.

Saya rasa mereka sudah pun mencuba,” katanya. Trump membantah usaha seumpama itu beberapa kali ketika berucap, mendakwa ia ‘tidak sah’ dan kemudian menyifatkan ia sebagai pemalsuan yang dicetuskan media.

“Ia dibuat media. Ia palsu,” katanya.

Trump turut tertanya siapa yang akan dipilih penentangnya sebagai pengganti, masalah yang mencengkam pergerakan ‘Never Trump’ selama beberapa bulan. “Siapa yang mereka akan pilih.

Saya mengalahkan semua orang. Saya tidak bermaksud pukul, saya mengalahkan mereka dengan teruk,” katanya.

Trump terus berdepan tentangan anggota Republican yang menyuarakan kebimbangan berhubung kenyataan retoriknya.

Kekecewaan hartawan New York itu semakin memuncak dan berkata: “Sangat baik jika Republikan dapat membantu kita sedikit.”

Beliau turut mengancam akan menghentikan sumbangan dana dan berbalik kepada kempennya yang dibiaya sendiri jika anggota Republican tidak bersatu menyokongnya. – AP/BH ONLINE

Tags: calon presiden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ratna Malukan Calon Presiden

05/10/2018
0

JAKARTA - Terpedaya dengan dakwaan anggota pasukan kempennya, Ratna Sarumpaet, bahawa dia cedera di muka akibat dipukul, pencabar Presiden Indonesia,...

Dituduh Buat Gangguan Seksual, Trump Nak Saman

23/10/2016
0

CALON presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berikrar akan menyaman kesemua wanita yang pernah tampil mendakwa dia melakukan serangan dan gangguan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd