Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

‘Bikini’ Punya Pasal, Ainul...

AKIBAT terpalit dengan kontroversi bergambar memakai bikini ketika bercuti di Boracay, Filipina beberapa...

Kerjasama ATM-TNI Jadi Contoh...

LUNDU - Pos Gabungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI)...

KPDNKK Rampas 40 Tan...

PUTRAJAYA - Kira-kira 40 tan minyak masak dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi...

Jangan Terpengaruh “Wayang” Dr....

GEORGE TOWN – UMNO Pulau Pinang mengingatkan rakyat dan juga pakatan pembangkang supaya...

Tak Perlu Bawa Kad Jika Pakai Jam Tangan Touch ‘n Go

PENGGUNAAN kad Touch ‘n Go kini sudah boleh dianggap sebagai satu keperluan dalam kehidupan seharian kita.

Selain digunakan untuk pembayaran di plaza tol, ia merupakan salah satu platform pembayaran di premis yang menjalankan sistem imbasan kad ini.

Terbaharu, Touch ‘n Go telah melancarkan jam tangan untuk memudahkan penggunaan kad ini.

Dinamakan Time Traveller Watch, jam ini diintegrasikan agar pengguna boleh melakukan transaksi Touch ‘n Go dengan memakainya.

t3

t2

t

Ketua Pegawai Esksekutif Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB) Syahrunizam Samsudin berkata menerusi jam berkenaan, pengguna tidak lagi perlu membawa kad atau wang bagi membuat pembayaran di beberapa premis yang dilantik TNGSB.


Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Syahrunizam Samsudin bersama duta Jam A Traveller dan juga pelakon Awal Ashaari (kiri) .

Menurut Syahrunizam, jam ini juga memenuhi keperluan gaya generasi masa kini yang mengutamakan kemudahan tanpa mengira lokasi.

Menggunakan Time Traveller, pengguna hanya perlu mengimbas jam tangan tersebut di lokasi Touch ‘n Go seperti biasa, dan transaksi akan dilakukan secara automatik. Pengguna juga boleh menambah nilai kredit jam tangan berkenaan di semua lokasi sedia ada.

Integrasi pada jam tangan juga, boleh menyelesaikan masalah sering tertinggal kad Touch n Go memandangkan ia sedia terpakai pada pergelangan tangan sepanjang masa.

Bagi yang berminat, ia dijual pada harga promosi RM155 seunit mulai hari ini sehingga Ahad, berbanding harga biasa RM239 seunit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori