• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TM Umum Pemenang Program ‘Mencari Ramli 5’

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan 15 ‘Ramli’ atau pemenang musim kelima rancangan televisyen pencarian bakat bola sepaknya, Mencari Ramli 5 (MR5), dalam usaha merealisasikan impian pemain bola sepak muda.

Lima daripada 15 pemenang adalah pemain bawah 14 tahun dan mereka ialah Muhamad Hakimi Zakri (Kelantan), Muhammad Azrul Haikal Ramlee (Terengganu), Mohammad Ferhan Mohamed Johar (Sabah), Amirul Hakimi Mohd Jalani (Melaka) dan Zachry Raiff Ghazie Yeoh (Selangor).

Sementara Muhammad Daniel Abd Rafar, Muhammad Harith Izzuddib Mohamad Hussain, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman dan Muhammad Amirul Husaini Zamri dari Johor; Saufi Syarafuddin Mohd Tahir, Muhammad Isa Raman dan Muhammad Syafik Ismail (Terengganu); Muhammad Basruddin Rahimuddin (Perak); Muhammad Luqmanul Hakeem Norizam (Melaka) dan A. Shivan Pillay (Kuala Lumpur), dipilih sebagai pemenang bagi kategori bawah 16 tahun.

“Saya amat berbangga dengan bakat-bakat muda bola sepak ini dan gembira program berkenaan sekali lagi mendapat membentuk pasukan yang terbaik daripada 15 pemain.

“Kami teruja dapat menyediakan peluang yang boleh mengubah kehidupan ini dan wang tidak boleh membeli pengalaman untuk ‘Ramli’ kita yang berpotensi menjadikan Malaysia bangga satu hari nanti,” kata Naib Presiden Jenama dan Komunikasi Kumpulan TM Izlyn Ramli dalam kenyataan hari ini.

“Kami berharap semua peserta Mencari Ramli 5, bukan sahaja pemenang kita, menerima pendedahan yang mereka perlukan untuk menjadikan mereka pemain lebih baik dan serba boleh dari segi kemahiran dan pendidikan, pengalaman dan disiplin,” katanya.

Beliau berkata program itu boleh mengubah seseorang itu menjadi bintang bola sepak pada masa hadapan, dan pada masa yang sama menyediakan peluang kepada mereka membina kerjaya bola sepak profesional selaras dengan matlamat kami untuk mencari, membimbing dan mengasah bakat pemain bola sepak muda.

Izlyn berkata pemenang MR5 akan menyertai sesi latihan bola sepak intensif di akademi bola sepak terkemuka, Manchester United Soccer Schools (MUSS) dan berpeluang menyaksikan aksi Manchester United di Old Trafford.

“TM juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan program ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kepakaran teknikal mereka serta Kementerian Pendidikan atas sokongan dalam memastikan MR5 berjaya,” kata Izlyn. – BERNAMA

Tags: Telekom Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Makin Banyak Aset Negara Yang Dibina Masa BN Dijual

21/04/2021
0

Berikut penulisan dipetik pada FB Najib Razak DARI dulu lagi, Khazanah Nasional merupakan pemilik saham terbesar Telekom Malaysia (TM). Sebelum...

Telekom Malaysia Akan Jual Lebih Banyak Aset

18/03/2019
0

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) merancang akan melupuskan lebih banyak asetnya termasuk bangunan dan bank tanah untuk membuka nilai aset dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd