• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Petani Simpan Baja Organik – Tajuddin

oleh Ahmad Albab
04/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana petani yang didapati menyimpan baja organik dan tidak menggunakan bantuan kerajaan itu dengan sepatutnya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kementerian memandang serius isu itu bagi memastikan tidak timbul isu ketirisan atau salah guna dalam setiap program bantuan yang diberikan.

“Saya ambil maklum mengenai perkara ini, dan kita akan bincangkan bersama pihak Jabatan Pertanian dan pihak yang bersangkutan mengenai bekalan baja organik, supaya apa yang kita (kementerian) buat menepati hasrat dan matlamat kita (kementerian).

“Mungkin mereka (petani) tidak begitu mahir lagi tentang cara penggunaannya dan kaedah yang dimaksudkan berkenaan penggunaan baja organik ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama peladang nita, peladang muda dan nelayan darat di Sungai Besar, sini, hari ini.

Semasa majlis itu, Tajuddin telah menyampaikan pelbagai peralatan termasuk ketuhar gelombang mikro dan tong penyembur racun kepada kumpulan peladang nita
dan peladang muda di bawah kendalian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar dan PPK Pasir Panjang bagi memberi galakan kepada golongan terbabit menceburi bidang keusahawanan dan pertanian.

Beliau juga turut menyampaikan elaun sara hidup sebanyak RM200 dan ‘Touch Points’ berbentuk tong ais berwarna oren bertebat kepada 86 nelayan darat.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Tan Sri Datuk Zainal Dahalan. – BERNAMA

Tags: Tajuddin Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini, meminda keputusan kelulusan belah bahagian terhadap usul membatalkan...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

27/06/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Presiden parti, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd