• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rumah Terbuka Hari Raya Sultan Johor

oleh
19/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keluarga kerabat diraja Johor tidak akan meraikan sambutan Hari Raya Puasa dengan rakyat di negeri ini sebagai menghormati kemangkatan Tunku Laksamana Johor.

Perkara itu diumumkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman Facebook rasminya bahawa kerabat bagindan memutuskan tidak mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya untuk orang ramai pada tahun ini.

Pada masa sama, keluarga diraja itu menghargai setiap peluang untuk meraikan sambutan perayaan tersebut bersama-sama dengan rakyat seperti diraikan pada tahun-tahun sebelum ini.

Bagaimanapun untuk tahun ini pula, sambutan tersebut hanya akan diadakan secara peribadi bagi memperingati kemangkatan Tunku Abdul Jalil pada awal Disember tahun lalu akibat kanser.

sultan johor1
Dalam kenangan… Almarhum Tunku Abdul Jalil (kiri) bergambar ketika pertabalan kemahkotaan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tahun lalu.

“Almarhum Tunku Laksamana Johor mangkat pada 5 Disember 2015. Hari lahirnya jatuh pada 5 Julai – kebetulan pula hari terakhir bulan Ramadan – dan waktu tersebut merupakan saat yang memilukan dan sukar.

“Ini kerana Tuanku Sultan dan keluarga Baginda masih lagi dalam keadaan gundah dan sedih mengenangkan pemergian Almarhum.

“Keluarga Diraja Johor sebaliknya akan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid sebelum menziarahi Makam Diraja bagi membaca Surah Yassin untuk Almarhum.

Selepas itu baginda akan memperuntukkan masa bersama keluarga secara peribadi,” demikian menurut kenyataan dalam Facebook tersebut. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd