• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Jangkitan Difteria Dilaporkan Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tiada kes jangkitan difteria dilaporkan di Pulau Pinang setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya sudah mengenal pasti kumpulan ibu bapa anti vaksin dengan anak mereka tidak mengambil suntikan imunisasi yang disediakan Kementerian Kesihatan.

“Isu anti vaksin ni dah lama timbul. Mereka (kumpulan anti vaksin) banyaknya mendapat maklumat dari media sosial dan internet. Di Pulau Pinang kita dah mengenal pasti ada beberapa ‘kumpulan’ yang menyebarkan idea ini.

“Daripada awal Jabatan Kesihatan negeri telah mengadakan kempen-kempen untuk menerangkan isu vaksinasi ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran alat Defibrilator Luaran Automatik (AED) oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di Bukit Bendera, di sini hari ini.

Sehingga kini, terdapat dua kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria dengan masing-masing satu kematian di Melaka dan Kedah.

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae, yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Penyakit itu boleh dicegah dengan mengambil suntikan imunisasi yang disediakan Kementerian Kesihatan dengan lima suntikan vaksin itu diberi pada usia dua bulan, tiga bulan, lima bulan dan 18 bulan sebelum suntikan terakhir ketika berumur 15 tahun.

Justeru, Dr Afif mengingatkan ibu bapa di negeri ini supaya mengambil suntikan imunisisai untuk anak mereka dengan secukupnya kerana penyakit itu bukan sahaja mempengaruhi anak mereka malah turut mendedahkan kepada kanak-kanak lain.

“Ibu bapa harus mendapatkan maklumat yang sebaiknya daripada doktor, pakar-pakar sains perubatan, paediatrik yang lebih arif tentang isu vaksinasi ini. Jangan baca Facebook, blog dan terus percaya bulat-bulat … belajar daripada mereka yang lebih tahu dan berilmu,” katanya. – BERNAMA

Tags: DifteriaPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd