• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersedar Dari Bius, Gadis Terkejut 14 Batang Gigi Hilang

oleh AK-47
26/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG gadis berusia 22 tahun dari utara Belfast, Ireland dibawa ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit gigi.

Namun setelah tersedar dari bius, dia terkejut apabila mendapati kesemua gigi di bahagian bawahnya telah pun hilang.

14 Batang Gigi Hilang Setelah Tersedar Dari Bius

Jessica sebenarnya mempunyai masalah mental terencat, di samping menghidap sawan, membuatkan dia mengalami kesukaran untuk bercakap.

Dia terpaksa diberi ubat bius untuk memastikan mulutnya sentiasa terbuka ketika giginya hendak diperiksa.

Penyakit yang dialami oleh Jessica dikatakan telah membuat pihak klinik sukar hendak memberi rawatan kepadanya sebelum ini, hinggakan masalah sakit giginya berlanjutan dalam tempoh lama.

14 Batang Gigi Hilang Setelah Tersedar Dari Bius

Oleh kerana tidak tahan melihat anaknya dalam kesakitan, bapanya Brian Madden bertindak meluahkan masalah Jessica di media sosial.

Setelah kisah Jessica tersebar di media tempatan, barulah pihak klinik berkenaan dikatakan benar-benar menjalankan rawatan terhadapnya iaitu pada 23 Jun lalu.

Bagaimanapun, kesemua 14 batang gigi Jessica telah dicabut ketika itu.

Walaupun penderitaan Jessica telah berakhir namun Brian tetap kecewa dengan sikap pengendali klinik berkenaan yang baginya, seolah-olah bersikap sambil lewa.

“Persoalan yang berlegar di fikiran saya sekarang ialah adakah perkara seumpama ini akan terjadi sekiranya Jessica diberikan rawatan lebih awal?” luahnya kecewa kerana anaknya kini kehilangan kesemua gigi bawah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gadisGIGI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hebatnya ‘Awek’ Roti Canai beraksi!

07/04/2021
0

CHERATING - Siapa sangka menebar roti canai kini tidak hanya tertumpu kepada kaum lelaki sahaja, malah kemahiran itu mula dikuasai...

Video Gadis Rebah Bukan Kerana Koronavirus

28/01/2020
0

KUANTAN - Ahli keluarga kepada gadis yang rebah dan meninggal dunia di sebuah kedai di Shah Alam Ahad lalu, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd