Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

SOP Baharu Umrah Telah...

PUTRAJAYA : Garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu ibadah umrah yang dikemas...

Polis Akan Mohon Waran...

SHAH ALAM – Polis akan memohon waran tangkap ke atas Ketua UMNO Bahagian...

ASEAN Perlu Jelas, Tegas...

LANGKAWI - ASEAN perlu mempunyai hala tuju yang jelas, tindakan kolektif dan pendirian...

Imej ‘Beruk’ Berjaya Kurangkan...

TINDAKAN Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menggunakan imej beruk sebagai alternatif tanda larangan...

Terpaksa Mengaku! Kalau Tidak, Hilang Undi Melayu!

STRATEGI membakar api perkauman untuk menghasut pengundi Cina keluar mengundi pada PRK Sungai Besar 18 Jun ini, akhirnya disedari Pakatan Harapan (PH) sebagai tindakan yang kini ‘memakan diri’.

Menyedari usaha meraih sokongan 30 peratus pengundi Cina telah menimbulkan sentimen kemarahan di kalangan 67 peratus pengundi Melayu, papan tanda menghina Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos, kini segera diturunkan.

Dap salah percaturan. Kempen anti Melayu kini mengakibatkan calon ayam sabung PH melalui sekutunya PAN, akan tersungkur. Dalam pertandingan yang sepatutnya ditunjangi tiga parti Islam Melayu yang meletakkan calon, kempen anti Melayu menyebabkan strategi PAN untuk mencuri undi penyokong Pas dan PKR kini berdepan kesukaran.

Orang Melayu jelas terasa, Dap sekutu PAN jelas parti anti Melayu.

Menyedari perkara ini mengancam kempen ayam sabungnya, jadi tidak hairanlah, Setiausaha Publisiti Dap, Anthony Loke cepat-cepat mengaku papan tanda yang sengaja menghina orang Melayu itu sebenarnya strategi Dap.

Parti majoriti Cina itu, tersedar sentimen perkauman yang diatur itu sebenarnya tersalah langkah.

Dap menyedari perlu melakukan kejutan besar untuk membangkitkan sentimen di kalangan pengundi Cina. Dap menyedari pengundi Cina memandang dingin PRK Sungai Besar kali ini. Justeru, Dap terpaksa mencela Jamal untuk membakar perasaan kaum Cina supaya keluar mengundi calon PAN sebagai langkah menolak calon BN.

Namun, akibatnya sekarang, tindakan itu pasti menjahanamkan peluang PAN.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selaku orang kuat PAN pula, ada sebab untuk menggelabah. Khalid panik apabila menyedari sentimen anti Melayu akan menyebabkan PAN kehilangan undi Melayu terutama di DUN Sungai Panjang kubu kuat Umno yang meletakkan calon bagi BN.

Pada sidang media 9 Jun, Khalid kelam-kabut mengumunkan pengakuan Dap, serta langkah segera untuk menurunkan sepanduk perkauman itu. Sekali pun alasannya PAN dan sekutu PH mahu berkempen secara sihat, namun ‘nasi sudah hangit’ dan baunya menyesakkan hidung.

Belang Dap sebagai anti Melayu terserlah lagi dan sebagai sekutu rapat Dap, PAN bakal menerima padahnya. Kedudukan PAN sebagai parti ‘kacau daun’ dalam PRK Sungai Besar kini nakin terhimpit. Sudahlah sukar bagi parti itu merebut undi Melayu yang cenderung pada BN selaku penyandang kerusi, serta Pas yang secara sejarahnya sentiasa menjadi pesaing BN di kawasan itu, kini poster anti Melayu menjadi satu lagi beban tambahan.


Dap sebenarnya cuba membantu. Betul! Memang Dap kena membantu sebab PAN kini sekutunya. Poster itu bagi Dap, akan menggerakkan pengundi Cina keluar, tetapi 30 peratus majoriti undi Cina tidak lagi menjadi kuasa penentu.

Berdasarkan demografi PRK Teluk Intan pada 2014, pengundi Cina jarang peduli PRK, sekali pun di kawasan tradisi Dap. Jadi sebab itulah calon Dap kalah di ParlimenTeluk Intan!

Di Kuala Kangsar, Perak, pun sama ceritanya. Walaupun pada mulanya menafikan ucapannya berbaur kata-kata yang menghina keluarga allahyarham Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, akhirnya – orang nombor dua PAN Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari ini mengaku dan memohon maaf terhadap kenyataannya.

Nizar semasa berkempen di Kuala Kangsar, menyifatkan kemalangan helikopter yang mengorban bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Muhammad Khair-il sebagai balasan Allah terhadap BN.

48 jam selepas kenyataannya tersebar dan dikritik banyak pihak sebagai biadap dan keterlaluan, Nizar mahu tidak mahu terpaksa meminta maaf pada keluarga Allahyarham.

Perkauman dan politik kebencian memang modal PH sejak zaman Pakatan Rakyat. Agama dan bangsa akan digunakan tanpa had semata-mata untuk menang.

Politik ternyata berhala dunia bagi yang memilih untuk menyembahnya! – MYNEWSHUB.CC

#PRKSUNGAIBESAR #PRKKUALAKANGSAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori