BINTANG filem Munafik, Pekin Ibrahim menyuarakan sokongan terhadap kempen terajang cermin sisi kereta yang hangat dibicarakan di media sosial.
Jelasnya, walaupun tindakan itu kasar tetapi ianya bagus untuk ‘mendidik’ pengguna lorong kecemasan bahawa perbuatan mereka itu mengundang masalah kepada pihak lain.
“Cara itu kasar tetapi ia bagus untuk kesedaran kepada orang ramai.
“Pemandu kereta yang menggunakan lorong kecemasan bukan saja membahayakan nyawa penunggang motosikal tetapi menyusahkan pengguna lain jika berlaku kecemasan,†katanya.

Terdahulu, video sekumpulan penunggang motosikal menerajang sisi cermin kereta dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Iela Fadila pada penghujung Mei lalu lantas menjadi viral di laman sosial.
Aksi tersebut didakwa berlaku sebagai tanda bantahan terhadap sikap pengguna jalan raya yang mementingkan diri sehingga mengorbankan nyawa dua beradik, apabila ambulans tiba lewat di tempat kejadian kerana kesesakan yang di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan.
Dalam pada itu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pemandu yang menggunakan lorong kecemasan.
Tambahnya, pesalah laku akan diheret ke muka pengadilan yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun. – MYNEWSHUB.CC