• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Pemandu Teksi Sabar Tunggu Kelulusan Kabinet

oleh Ahmad Albab
19/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cadangan penyelesaian berhubung isu perkhidmatan teksi, Uber dan Grab yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Mei lalu dijangka mendapat kelulusan Kabinet pada bulan depan.

Sehubungan itu, SPAD dalam satu kenyataan media hari ini meminta semua pihak terlibat supaya bersabar sementara menunggu keputusan tersebut bagi mengelakkan cetusan kontroversi dan kekeliruan yang tidak diingini.

Menurut SPAD, SPAD telah membentangkan cadangan penyelesaian berhubung isu berkenaan di bawah Program Transformasi Industri Teksi kepada Majlis Ekonomi dan telah menerima maklum balas yang positif.

“Suruhanjaya akan mengumumkan butiran lengkap program tersebut di dalam masa terdekat, susulan kelulusan Kabinet yang dijangkakan pada Julai 2016. Sementara menunggu keputusan tersebut, SPAD memohon kesabaran dari semua pihak,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata kenyataan itu, SPAD mengambil pendekatan yang seimbang serta memberi tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan dan keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan.

Tambah SPAD, cadangan yang dikemukakan itu turut menyentuh keperluan perundangan yang diperlukan untuk menangani permintaan yang dijanakan oleh teknologi semasa serta mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab.

“Ia juga bertujuan untuk memberikan kesamaan taraf di dalam medan persaingan yang adil dalam kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing dengan sihat.

“Antara syor yang disarankan ialah pemberian lesen teksi individu baru kepada pemandu yang mempunyai rekod yang bersih untuk menggalakkan semangat keusahawanan di peringkat individu,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan itu juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan untuk keluar daripada belenggu sistem pajak.

“SPAD juga mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi,” kata SPAD. – mynewshub.cc

Tags: pemandu teksiSPAD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sistem Online AirAsia Tergendala 21 Hingga 22 Jun

Next Post

Maut Ketika Tonton The Conjuring 2 Dalam Wayang

Related Posts

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

Pemandu Teksi, Bas Sekolah Nikmati Caruman PERKESO Bermula Mac

23/02/2024
0

PUTRAJAYA - Bermula bulan depan, seramai 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah dalam negara bakal menikmati caruman Pertubuhan...

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Next Post

Maut Ketika Tonton The Conjuring 2 Dalam Wayang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd