Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Koronavirus: China Catat Kematian...

SHANGHAI - Pihak berkuasa China melaporkan, wabak koronavirus kini merebak ke lebih banyak...

Bas Muafakat Johor Bakal...

ISKANDAR PUTERI - Sebahagian daripada hasil bayaran caj jalan raya (RC) yang dikenakan...

Saudi ‘Haram’ Semua Tulisan...

RIYADH - Kementerian Pendidikan Arab Saudi mengarahkan semua buku tulisan ulama ulung, Sheikh...

UMNO Perlu Ada Jawatankuasa...

PADANG TERAP - UMNO perlu mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau dan menjawab isu-isu...

SKM Nafi KOP1M Tawar Skim Pinjaman Peribadi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini menafikan Koperasi 1Malaysia Berhad (KOP1M) menawarkan Skim Pinjaman Peribadi 1Malaysia seperti yang dipromosikan di media sosial Facebook.

SKM dalam kenyataannya berkata pihaknya telah menjalankan siasatan perkara itu, setelah menerima aduan daripada orang awam mengenai tindakan individu yang mempromosikan skim tersebut dan turut mendakwa dirinya sebagai pegawai KOP1M di Facebook.

“KOPIM tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pembiayaan peribadi dan tidak pernah menawarkan skim pembiayaan yang dimaksudkan sama ada melalui koperasi sendiri mahu pun menerusi mana-mana individu atau ejen untuk menjalankan aktivii sedemikian,” menurut kenyataan itu, di sini.

Menurut kenyataan itu, individu terbabit menawarkan skim tersebut dengan syarat pemohon perlu membayar kos pinjaman minimum RM300 tertakluk kepada amaun pinjaman yang dipohon dan bayaran kos itu perlu dimasukkan ke dalam akaunnya bagi membolehkan pinjaman diluluskan segera, kurang daripada tempoh 24 jam.


Sehubungan itu, SKM menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpedaya dengan sebarang tawaran pembiayaan atau lain-lain tawaran yang tidak munasabah menggunakan nama KOP1M, atau nama mana-mana koperasi berdaftar tanpa mendapatkan pengesahan daripada pihaknya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau pertanyaan berkaitan tawaran pembiayaan boleh menghubungi kakitangan SKM Rosmawati Hassan di talian tetap 03-2083 4056 atau faks 03-2093 4105. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori