• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sikap Ibu Bapa Punca Kanak-Kanak Tersepit Eskalator

oleh Ahmad Albab
19/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengingatkan semua ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak menggunakan eskalator secara bersendirian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ir. Mohtar Musri berkata, perbuatan membiarkan kanak-kanak menggunakan eskalator secara bersendirian tanpa pengawasan orang dewasa adalah sangat merbahaya.

“Pada tahun 2016, sebanyak tiga insiden melibatkan eskalator dilaporkan kepada JKKP. Hasil siasatan mendapati kebanyakan mangsa kanak-kanak berumur bawah 6 tahun dan dibiarkan menggunakan eskalator tanpa penyeliaan orang dewasa.

“Ibu bapa seharusnya memerhatikan anak mereka apabila menggunakan eskalator,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohtar berkata, sebanyak 10,951 buah eskalator berdaftar dengan pihak JKKP setakat ini.

Katanya, JKKP menjalankan operasi pemeriksaan selamat eskalator untuk memeriksa eskalator sejak awal tahun ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua eskalator berfungsi dan mematuhi standard reka bentuk dan pemasangan yang ditetapkan oleh pihak JKKP.

“Selain itu, pihak JKKP akan mengeluarkan arahan penambahbaikan jika terdapat eskalator yang tidak mencapai standard yang dibenarkan,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

Tags: eskalator
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelaburan Asing Di Malaysia Meningkat 28 Peratus

Next Post

Polis Cari Remaja Saksi Kes Bunuh

Related Posts

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

Eskalator, Lif Rosak Di Stesen LRT, MRT Siap Dibaiki Akhir Tahun

15/10/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan kerosakan eskalator dan lif di beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT)...

Cemas, Kaki Budak 3 Tahun Tersangkut Eskalator

10/04/2022
0

Putrajaya: Seorang budak tiga tahun berdepan detik cemas apabila kaki kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah, hari ini....

Next Post

Polis Cari Remaja Saksi Kes Bunuh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd