• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serpihan Pesawat Ditemukan Madagascar Akan Dianalisis

oleh Ahmad Albab
11/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Serpihan pesawat dijumpai di Pulau Kangaroo, selatan Australia dan Madagascar, Afrika akan dianalisis untuk mengesahkan sama ada milik pesawat Boeing 777 atau MH370, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kerajaan telah menghubungi negara-negara berkenaan bagi mendapatkan bantuan untuk menganalisis tiga serpihan baharu yang ditemukan itu.

Katanya kerajaan hanya akan membawa balik semua serpihan itu ke Malaysia sekiranya analisis oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuktikan ia milik MH370.

“Sebelum ini sudah banyak serpihan MH370 ditemui di pelbagai negara namun masih ada yang belum dapat disahkan sama ada ia milik pesawat malang itu.

“Bagaimanapun, besar kemungkinan beberapa serpihan yang dijumpai di Afrika Selatan dan Mozambique sebelum ini milik MH370 kerana setakat ini, hanya satu pesawat Boeing 777 hilang di lautan iaitu MH370,” katanya ketika diminta mengulas laporan agensi berita antarabangsa mengenai penemuan itu hari ini.

Nasib penerbangan MH370, yang dianggap telah ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi selepas hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal pada Mac 2013, masih menjadi misteri.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata pencarian dan siasatan berhubung punca berlakunya nahas helikopter Eurocopter AS350 di Sungai Batang Lupar, Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas masih giat dijalankan.

Beliau berkata ini kerana bangkai pesawat malang berkenaan dikhuatiri telah hilang dibawa arus yang terlalu kuat sepanjang tempoh pencarian sehingga hari ini.

Bagaimanapun katanya, usaha pencarian dipertingkatkan dari masa ke masa dengan menggunakan peralatan termoden termasuk alat pengesan sonar oleh agensi yang terlibat.

“Arus yang kuat menyulitkan misi pencarian bangkai pesawat itu namun saya telah mengarahkan DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan agensi lain untuk mempertingkatkan usaha mengesannya,” katanya.

Liow berkata beliau telah mengarahkan jabatan berkenaan mewujudkan pelan terperinci berhubung gerak kerja pencarian bangkai pesawat itu sehingga ia dapat ditemukan dalam masa terdekat.

Katanya hanya dengan penemuan bangkai pesawat tersebut akan membantu mencari punca utama nahas helikopter itu.

Nahas itu mengorbankan lima mangsa termasuk anggota Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dan anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan akan diadakan serentak pada 18 Jun ini. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd