• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datin Mastura Maafkan Pemfitnah Termasuk Nizar

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkata beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan malah memaafkan mereka yang memfitnahnya.

Kemaafan itu turut diberikan kepada Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengaitkan kematian suaminya, penyandang kerusi itu dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lepas sebagai balasan Allah.

“Saya maafkan Nizar sebab saya percaya Allah akan menunjukkan kebenaran pada kita semua.

“Saya tidak akan mengambil tindakan (lanjut) dan saya anggap ini satu perkara yang harus saya maafkan. Kami perlu teruskan kehidupan,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Mastura berkata kenyataan Mohammad Nizar terhadap Allayarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu tetap mengguris hati dan perasaan mereka sekeluarga, namun beliau memaafkan bekas menteri besar Perak itu.

Mohammad Nizar dalam satu ceramah umum Amanah di Kampung Sayong Lembah di sini pada Selasa dipetik sebagai berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar.”

Selain itu, Mastura berharap semua parti yang bertanding pada PRK Parlimen Kuala Kangsar dapat menghormati kesederhanaan serta keharmonian masyarakat di kawasan itu.

Ditanya mengenai kecenderungan pembangkang menggunakan isu nasional dalam kempen PRK itu, Mastura berkata: “Cara kempan kami berbeza. Saya dipilih mewakili penduduk Kuala Kangsar. Isu nasional biarlah saya fikir masa di Parlimen nanti (jika dipilih).”

Dalam sidang media itu, Mastura turut mengumumkan lima agenda yang beliau akan perjuangkan untuk penduduk Kuala Kangsar jika dipilih sebagai Anggota Parlimen kawasan tersebut.

Katanya agenda itu adalah menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada Universiti Awam dan menyegerakan kelulusan projek jambatan Manong.

Selain itu, Mastura juga akan memohon kelulusan projek membesar dan melebarkan jalan Manong-Kuala Kangsar, menaik taraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar serta membangunkan semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.

“Semua senarai ini merupakan pemikiran arwah datuk (Wan Mohammad Khair-il) sendiri tapi tak kesampaian. Saya harap saya akan jadi ejen ke arah merealisasikan semua ini demi orang Kuala Kangsar,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan ada anggota UMNO di Kuala Kangsar yang tidak gembira dengan pemilihannya sebagai calon, Mastura percaya mereka akan bersama-sama dengannya.

“Pastinya dalam kalangan rakan-rakan, kami mempunyai perbezaan pendapat…tetapi saya pasti dan yakin rakan-rakan saya (anggota UMNO) akan menyokong saya,” katanya.

Pengundian PRK itu berlangsung 18 Jun ini, yang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PAS, Amanah dan Bebas. – BERNAMA

Tags: Nizar JamaluddinPRK Kuala Kangsar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

DAP Tampil Aziz Bari, Calon Melayu Bakal MB Perak?

16/04/2018
0

ALAHAI... Selepas gagal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, bekas pensyarah, Dr. Abdul Aziz Bari sekali lagi dicalonkan DAP untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd