• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soal Berhijab, Akim Minta Beri Stacy Masa

oleh AK-47
10/06/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERITA penghijrahan penyanyi terkenal Stacy memeluk Islam pada bulan Ogos tahun lalu mendapat perhatian masyarakat Malaysia.

Pun begitu, pelbagai kontroversi mula timbul apabila sesetengah penganut Islam yang mempunyai sikap fanatik tidak henti-henti mempersoalkan penampilannya.

Gambar-Perkahwinan-Stacy-Dan-Akim

KOTA KINABALU 05 FEBRUARY 2016. Pasangan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 25 dan Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Syaikhah Stacy, 26, selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu. NSTP/EDMUND SAMUNTING

Lebih menyedihkan, suaminya iaitu Akim Ahmad turut diheret sama hingga ada yang menggelarnya sebagai suami dayus.

Susulan itu, Akim menafikan tuduhan sengaja membiarkan isterinya tidak berhijab dan pada masa yang sama memohon orang ramai memberikan Stacy masa.

“Saya tahu ada pihak mendakwa saya seorang suami dayus kerana tidak menyuruh Stacy berhijab setelah memeluk Islam.

“Bagi saya tohmahan sebegitu tiada asasnya kerana sebagai saudara baru dalam Islam, masih banyak yang perlu dia pelajari. Benar bertudung adalah tuntutan untuk wanita Islam namun berilah Stacy masa.

“Tugas saya untuk mendidik dan membimbing Stacy mendalami agama Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kata cacian yang tidak berasas kepada kami,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Sementara itu, Akim menyifatkan Stacy boleh diibaratkan seperti kanak-kanak yang masih kecil kerana banyak yang perlu dipelajari selaku mualaf.

Antara inisiatif yang sedang dilakukan ialah Stacy kini sedang belajar mengaji Al-Quran dengan mengupah seorang ustazah datang ke rumahnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: akimStacy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakaian Seakan Berbogel, Stacy Jawab Kritikan Netizen

23/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Dikritik menggayakan pakaian seakan berbogel, penyanyi Stacy menjawab kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya pada...

Saya Bukan Klon Stacy – Elica

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Hampir setahun menyepikan diri, kemunculan semula juara Mentor Milenia 2017, Angelica Paujin atau Elica mencetuskan kontroversi apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd