APABILA sebut sahaja China, umum mengetahui rakyat negara itu cukup gemar menjamah makanan pelik dan eksotik.
Pendek kata, apa sahaja yang dijumpa semuanya boleh dimakan. Sebagai contoh, kucing dan anjing liar di jalanan.
Terbaharu, juadah eksotik sate buaya yang dijual pada harga 20 yuan (RM12.40) dikatakan mendapat sambutan masyarakat sana.



Sate buaya itu dijual di sebuah gerai tepi jalan di Shenyang, wilayah Liaoning.
Apa yang mengejutkan, dua buaya hidup turut dipamerkan di depan kedainya.

Juadah itu kini hangat diperkatakan selepas gambarnya di muat naik di laman sosial.
Di China, penduduk dibenarkan menjual daging buaya malah pada tahun 2013, Pentadbiran Hutan Negara itu turut memperkenalkan teknologi pembiakan buaya. – MYNEWSHUB.CC

