Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Seleweng Projek JPS: Tan...

PUTRAJAYA - Seorang usahawan bergelar 'Tan Sri' dan anak lelakinya antara enam orang...

Adakah Berkongsi Ketuhanan Kristian...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan adakah perbuatan Yang Dipertua Dewan...

BN Tubuh Jawatankuasa Selaras...

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaraskan cadangan balas Barisan Nasional (BN)...

Penghina Nabi Perlu Dikenakan...

KIRA-KIRA 500 orang menghadiri Himpunan Ummah Bantah Hina Nabi anjuran sebuah badan bukan...

Santos Puji Persembahan Ditampilkan Portugal

LENS – Jaringan pemain gantian Portugal, Ricardo Quaresma yang memastikan kemenangan pada masa tambahan membuatkan jurulatih, Fernando Santos memuji pasukannya kerana mematuhi arahan taktikal yang diberikan ketika menentang Croatia di Euro 2016, awal pagi tadi.

Turun dengan tekanan cukup tinggi, Portugal diselamatkan apabila Quaresma menjaringkan gol hasil bantuan Cristiano Ronaldo pada minit ke-117 bagi memastikan kemenangan 1-0 sekali gus meletakkan mereka ke pusingan suku akhir menentang Poland. “Ia adalah perlawanan yang sangat taktikal.

Portugal cuba mengawal tetapi Croatia tidak membenarkannya, tetapi apabila mereka cuba mengawal, kami tidak memberikan peluang,” kata Santos. “Anda perlu melihat kedua-dua belah bahagian.

Kami berdepan dengan pasukan yang mengagumkan.” “Kami sudah bersedia untuk itu,” kata Santos. “Saya menyiapkan pasukan untuk bertarung menentang kekuatan Croatia dan mengambil peluang pada kelemahan mereka.

Kami tidak memberi mereka peluang menyerang balas, kami memberi tumpuan lebih mengenai itu.” Dalam pada itu, Santos turut memuji cara permainan Croatia, biarpun jika ia dibuktikan tidak berjaya.


“Kadang kala kami mahu bermain dalam permainan yang cantik tetapi itu bukan selalu yang memberikan kemenangan dalam kejohanan.

Kita perlu berubah dalam beberapa aspek dan itu adalah apa yang kami lakukan.” Portugal berdepan dengan Poland di Marseille pada Khamis ini, yang sebelum itu menewaskan Switzerland menerusi penalti untuk merebut tempat ke separuh akhir.

“Jika mereka berada di suku akhir di sini, mereka pasti sebuah pasukan yang kuat. Saya saksikan perlawanan itu, Poland bermain lebih bagus kemudian Switzerland mengejar. Dalam masa tambahan ia adalah sangat seimbang.” – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori