• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambut Baik Jika RUU Mahkamah Syariah Diterima

oleh Ahmad Albab
05/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria menyambut baik sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, diterima oleh Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Harussani meminta agar penganut bukan Islam menghormati dan tidak masuk campur dalam hal berhubung rang undang-undang berkenaan.

“Bagus kalau rang undang-undang ini diterima. Rang undang-undang ini tidak melibatkan penganut (agama) lain, oleh itu mereka tidak boleh mempersoalkannya.

“Jangan masuk campur berkenaan dengan orang Islam itu, kata Haji Hadi (Presiden PAS), betul apa yang dia kata. Sebab kita tidak pernah masuk campur dengan sebarang agama (lain),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Radio Nurul Quran Nusantara di Dewan Kuliah Masjid Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

Beliau mengulas ketidakpuashatian beberapa pemimpin bukan Islam termasuk parti komponen Barisan Nasional sendiri.

RUU itu dibentang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Anggota Parlimen Marang, di Dewan Rakyat, pada 26 Mei lepas.

Ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan. – BERNAMA

Tags: RUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd