PENYANYI Waris mengakui dia dan rakannya bersama-sama berniaga air di bazar Ramadan yang terletak di Subang Bestari kerana mahu mengimbau kembali kenangan di zaman remaja.
“Sebelum jadi artis saya selalu berniaga air dengan kawan-kawan sekampung di bazar Ramadan setiap kali bulan puasa.
“Sudah 4 tahun jadi artis dan tidak dapat berniaga seperti dahulu, tahun ini terasa rindu untuk kembali berniaga. Dapat juga bantu kawan-kawan cari duit lebih untuk raya nanti.
“Kami berniaga dari 3.30 petang sehingga masuk waktu berbuka puasa sepanjang Ramadan ini,” katanya kepada Mangga Online.
Waris menjelaskan dia mengehadkan aktiviti seninya sepanjang Ramadan kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan menunaikan solat terawih bersama keluarga dan rakan-rakan. – MYNEWSHUB

