Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Op Pacak Tumpu Kawasan...

KOTA BAHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memberi tumpuan terhadap kawasan...

PPD Diarah Buat Penilaian...

KOTA MARUDU : Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kawasan yang terbabit dengan banjir...

Kereta ‘Hypercar’ Termahal Dunia...

BERLIN - Insiden nahas ini mungkin dianggap sebagai antara rekod kemalangan jalan raya...

XR3501, Monitor Pemain Video...

BEN Q merupakan salah satu syarikat gergasi yang menjadi pesaing kepada Samsung.Pada tahun...

Burger King Ubah Ruang Makan Jadi Tempat Sauna

PERSAINGAN dalam bisnes membuatkan banyak premis perniagaan makanan terpaksa memerah otak mencari cara untuk meraih sokongan masyarakat setempat.

Hasilnya ada yang tampil memberikan perkhidmatan unik, selain mewujudkan persekitaran yang selesa buat pengguna.

Di Helsinki, Finland inisiatif ini turut dilakukan restoran Burger King di salah satu francais mereka apabila ruang makan pelanggan ditukar menjadi ruang untuk spa dan sauna.

Lostateminor.com melaporkan, bilik sauna di Burger King berkenaan mampu menampung sehingga 15 orang dan lengkap dengan televisyen 28 inci, bilik mandi dan juga ruang untuk para pelanggan duduk selepas selesai lakukan sauna.

Menu Burger King yang dipesan akan dihantar terus kepada pelanggan namun ianya harus dimakan dengan tangan memandangkan sudu atau garpu tidak pula disediakan.


Ketika ditemubual, pihak pengurusan Burger King sana mengatakan bahawa bilik sauna tersebut ditujukan untuk acara peribadi, perniagaan, ulang tahun, dan menonton sukan besar bersama-sama.

Harga untuk menyewanya pula agak mahal iaitu 250 euro (RM1,148). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori