• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Myanmar Dibunuh Di Paya Terubong

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang remaja Myanmar maut selepas dipukul dan ditikam menggunakan batang besi payung di Blok 19 Majestic Height, Paya Terubong, di sini malam tadi.

Mayat Mohd Ishak Kabir Ahmad, 18, dengan kesan kecederaan di leher dan dada ditemui di hadapan lif di tingkat lima rumah pangsa itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Husain @ Abdul Rasid berkata dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, remaja berkenaan dipercayai bergaduh dengan tiga lelaki Bangladesh apabila seorang daripada lelaki terbabit dikatakan mengambil telefon bimbitnya.

“Mangsa yang tidak puas hati telah pergi ke rumah sewa rakyat Bangladesh terbabit dan meminta telefon bimbitnya menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata remaja yang cedera itu cuba melarikan diri dan sempat menghubungi abangnya yang berada di George Town memberitahu dia ditangkap dan mahu dibunuh oleh sekumpulan lelaki.

Razaruddin berkata susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki Bangladesh berusia antara 31 dan 33 tahun di kawasan flat berkenaan ketika mereka cuba melarikan diri dengan sebuah kereta.

Polis merampas dua batang besi payung yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan sebuah kereta milik seorang daripada lelaki terbabit, katanya.

Beliau berkata tiga lelaki yang masing-masing bekerja sebagai pembantu bengkel kereta, pekerja kontrak dan operator kilang itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd