Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PAC Puas Hati Dengan...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berpuas hati terhadap penjelasan yang...

Polis Cari Saksi Kes...

KUANTAN - Polis Pahang sedang menjejaki seorang lelaki, Tuan Mohd Yusri Tuan Long,...

Lelaki Direman Bantu Siasatan...

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki hari ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan...

GAMBAR: Mesra Semacam.. Izreen...

BAGI yang mengikuti perkembangan Izreen Azminda, mesti perasan aktres jelita itu sering memuatnaik...

Rela Madu, Isteri Ajak Shiro Beri Greenlight Kahwin Lagi

PELAWAK Ajak Shiro mengakui mendapat kebenaran dari isterinya untuk berkahwin lagi, tetapi dia telah menolak tawaran tersebut kerana isteri yang dimiliki kini sudah sempurna buatnya.

“Isteri saya pernah mengutarakan hasratnya dan memberikan kebenaran untuk saya menambah cawangan (isteri), tetapi segala kesempurnaan yang saya cari dalam diri wanita ada pada dia.

“Jadi tak perlu untuk saya berkahwin lagi untuk mencari kesempurnaan yang telah dijumpai.

“Tipu kalau saya tidak ada keinginan untuk berkahwin lain, tetapi saya perlu berhati-hati adakah wanita itu ikhlas dan bukan bersandarkan populariti semata-mata,” katanya kepada BH Plus.

Ajak atau nama sebenarnya, Mohd. Hanaffi Razak, 30; juga menjelaskan bahawa keinginannya untuk menambah isteri hilang apabila mendapat kebenaran dari isterinya, Nur Afifah Amin.


“Sudah jadi lumrah, apabila dilarang kita ingin melanggar perkara itu. Jadi bila dah dapat greenlight, hilang pula keinginan tersebut,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori