• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayani Air Arah Berhenti Kerja, Batal Surat Tamat Khidmat

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT penerbangan tempatan, Rayani Air menarik balik keputusan untuk mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan, sebaliknya akan memberikan surat pemberhentian kerja kepada 415 kakitangannya.

Ia dibuat kerana menganggap penamatan perkhidmatan itu lebih merujuk kepada pemecatan yang tidak akan memberi manfaat kepada pekerja syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia Rayani Air, Datuk Karthiyani Govindan memberitahu mStar Online bahawa surat baharu iaitu pemberhentian kerja memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak terutama pekerja.

Katanya, keputusan baharu itu juga dibuat selepas mendapat nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Syarikat merasakan surat penamatan khidmat itu tidak sesuai untuk pekerja kerana ia hanya memberi gambaran buruk kepada mereka.

“Syarikat hanya akan mengeluarkan surat seperti itu sekiranya ia melibatkan masalah disiplin atau salah laku.

“Oleh itu, syarikat memutuskan untuk mengeluarkan surat pemberhentian kerja berikutan syarikat tidak lagi beroperasi ketika ini.

“Surat itu akan memudahkan pekerja untuk memohon kerja di syarikat lain atau memohon bekerja semula dengan Rayani Air sekiranya syarikat kembali beroperasi pada masa akan datang,” katanya.

suratrayaniberhentikerja

Surat penamatan perkhidmatan yang tersebar pada Rabu.

Pada Rabu, mStar Online melaporkan salinan surat penamatan perkhidmatan tersebar di kalangan pekerja Rayani Air walaupun dokumen itu belum diserahkan secara rasmi kepada setiap kakitangan.

Difahamkan, salinan surat itu ‘terbocor’ selepas ia terlepas tangan kepada salah seorang bekas kakitangan, yang bertindak menyebarkan dokumen tersebut kepada pekerja lain.

Menurut surat bertarikh 28 Jun 2016, keputusan untuk menamatkan khidmat kakitangan syarikat itu dibuat selepas syarikat penerbangan itu mengalami masalah kewangan sejak operasi dihentikan pada 8 April lalu.

Dokumen yang ditandatangani Karthiyani menyebut, masalah kewangan telah membawa kepada pembatalan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) dan Sijil Pengendali Udara (AOC) milik syarikat, mengakibatkan Rayani Air tidak lagi dibenarkan beroperasi berkuat kuasa 13 Jun lalu.

Surat tersebut menyebut: “Syarikat dengan dukatcita ingin memaklumkan mengenai perkhidmatan anda ditamatkan berkuat kuasa pada 10 April 2016. Gaji anda pada Mac 2016 dan April 2016 (pro-rata sehingga 10 April 2016) akan dibayar secepat mungkin.”

Menurut Karthiyani, selain memanfaatkan pekerjanya, surat ‘versi baharu’ itu juga akan memudahkan urusan pengambilan semula pekerja oleh pelabur yang akan mengambil alih syarikat itu, sekiranya ia dibenarkan untuk beroperasi semula.

Ditanya bilakah surat pemberhentian kerja akan diberikan kepada pekerja, Karthiyani menjangkakan ia dapat dibuat pada hari ini (Khamis).

“Saya telah menyiapkan surat untuk kira-kira 200 pekerja hari ini (Rabu), saya jangka dapat menghabiskan 215 lagi esok, sebelum ia diberikan kepada mereka,” katanya.

Pada Selasa, Pengarah JTK Selangor, Mohd. Asri Abd Wahab memberitahu portal berita ini, pihaknya akan menasihatkan pemilik Rayani Air untuk mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan bagi memudahkan pekerja syarikat penerbangan itu memohon kerja di syarikat lain.

Rayani Air ketika ini berdepan dengan masalah tunggakan gaji pekerjanya yang dijanjikan diselesaikan sebelum Aidilfitri.

Walaupun pekerja menuntut tunggakan gaji selama tiga bulan iaitu Mac sehingga Mei tetapi menurut Mohd Asri, majikan Rayani Air hanya perlu melunaskan tunggakan bagi gaji Mac dan 10 hari pertama pada April.

Ia berikutan penggantungan operasi sementara Rayani Air oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 11 April lalu dan kemudiannya memutuskan syarikat penerbangan itu tidak lagi boleh beroperasi.

Pada 13 Jun lalu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) membatalkan ASL bagi Rayani Air disebabkan oleh ia melanggar syarat lesen berkenaan, selain tidak mempunyai keupayaan kewangan dan pengurusan untuk terus beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial.

Ia diikuti pembatalan AOC oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) selepas melakukan siasatan penuh ke atas pentadbiran dan audit keselamatan operasi syarikat itu. – mStar Online

Tags: letak jawatanRayani Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Nafi Letak Jawatan Timbalan Presiden PKR

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menafikan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan. Beliau...

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

30/12/2025
0

SEREMBAN: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd