• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Kereta Api Laju KL-S’pura Beri Pelbagai Faedah Ekonomi

oleh Ahmad Albab
08/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Selatan menjangka projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan menawarkan pelbagai faedah ekonomi kepada rakyat Malaysia dengan kaedah pengangkutan yang cepat dan cekap, dapat menjimatkan tenaga, wang dan masa penumpang.

Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutannya Kang Ho-In berkata republik itu telah menggunakan sistem berkenaan yang menghasilkan banyak perubahan ekonomi dan sosial kepada kehidupan seharian rakyat Korea Selatan.

“Oleh itu, kami berharap dipilih untuk mengendalikan dan mempromosikan teknologi kami bagi projek HSR Kuala Lumpur-Singapura sepanjang 375 kilometer yang akan dilaksanakan nanti.

“Ini mengambil kira pengalaman kami dan jarak laluan kereta api dari Seoul ke Busan yang sejauh 365 kilometer, sama dengan yang akan dibina, ” katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan suai kenal ke Korea Selatan baru-baru ini.

Mengenai perkembangan Korea Selatan dengan HSR, Kang berkata kebanyakan acara antarabangsa biasanya tertumpu di kawasan metropolitan, tetapi kini turut diadakan di wilayah serantau.

Beliau berkata kawasan untuk berulang-alik ke dan dari tempat kerja juga telah diperluaskan ke wilayah serantau dari kawasan metropolitan sedia ada di Seoul, yang membawa kepada pembangunan wilayah yang seimbang.

“HSR menawarkan kemudahan kepada orang ramai berulang-alik dengan menggunakan kereta api untuk ke tempat kerja atau menjalankan aktiviti lain.

“Malaysia juga akan mempunyai pelbagai perubahan seperti pembangunan ekonomi serantau sama dengan Korea Selatan,” katanya.

Sementara itu, kerajaan Korea Selatan juga sedang mengkaji semula rancangannya untuk memindahkan secara aktif teknologi HSR yang Malaysia perlukan untuk menyenggara dan membangunkan HSR, selepas menggunakannya.

Cadangan itu dijangka dibincangkan semasa lawatan Kang ke Malaysia pada 14 Jun. – BERNAMA

Tags: kereta api
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd