• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK: Veteran UMNO Sepakat Sokong Calon BN

oleh
12/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Tohmahan jahat pihak lawan konon kumpulan orang lama UMNO ‘merajuk’ membantu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dibidas sebagai tidak berasas.

Malah kumpulan pemimpin veteran parti tersebut yang dikenali sebagai Kelab N87 menyatakan kesetiaan tidak berbelah bahagi mereka dengan pemilihan Datin Mastura Mohd. Yazid sebagai calon BN pada PRK berkenaan.

Justeru kelompok tersebut berikrar akan mengerahkan semua ahlinya berdiri teguh menyokong BN dan ini turut ditegaskan sendiri oleh Pengerusi Kelab N87 Negeri Perak, Datuk Mat Isa Ismail ketika ditemui Mynewshub.

Datuk Mat Isa Ismail
Pengerusi Kelab N87 Negeri Perak, Datuk Mat Isa Ismail
Markas N87 di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar, Perak
Markas N87 di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar, Perak.

Dalam pertemuan eksklusif di Markas N87 di Jalan Bendahara, Bukit Chandan di sini pada Sabtu, beliau yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata isu itu sengaja dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Berpengalaman sebagai Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang selain Ketua Pemuda bahagian itu lebih 20 tahun, beliau malah menegaskan kumpulan tersebut tiada masalah dengan sesiapa sahaja yang dipilih menjadi calon BN.

“Jika ada yang dikesan ‘merajuk’, kita akan dekati individu ini memberi penjelasan sekali gus menyekat usaha pihak tertentu cuba lawan BN dari dalam,” katanya yang pernah menjadi ADUN Changkat Jering suatu ketika dahulu.

Wan Imar Izzat berucap ringkas ketika mengunjungi Markas N87.
Wan Imar Izzat berucap ringkas ketika mengunjungi Markas N87.
Wan Imar Izzat membuat kejutan apabila menziarahi Markas N87 di Kuala Kangsar.
Wan Imar Izzat membuat kejutan apabila menziarahi Markas N87 di Kuala Kangsar.

Ketika wawancara itu, puluhan ahli N87 yang terdiri daripada bekas ketua bahagian, cawangan dan aktivis UMNO turut dikejutkan dengan kehadiran anak kedua Mastura, Wan Imar Izzat serta sempat membuat ucapan ringkas.

Mengulas lanjut, Mat Isa berkata, N87 ada lebih 1,000 ahli di seluruh negara sejak disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia beberapa bulan lalu dan dinaungi oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Meskipun majoriti ahlinya menghidap pelbagai penyakit lazim warga emas, mereka ujar beliau masih bersemangat berjuang demi BN dan UMNO sebagai membalas jasa parti keramat itu sejak sekian lama. – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DUKE Kembali ke Kaca TV Ubati Rindu Umah

Next Post

Tun M Jadi Rafizi Gagal Dedah Bukti Skandal

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

Next Post

Tun M Jadi Rafizi Gagal Dedah Bukti Skandal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd