• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK K.Kangsar: Mastura Mengundi Di SK Raja Perempuan Muzwin

oleh Ahmad Albab
18/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, di sini, hari ini.

Mastura, 55, yang ditemani isteri timbalan perdana menteri Datin Seri Hamidah Khamis, ibu mentua Mastura, Rahmah Abdullah serta dua anaknya – Wan Iskandar Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Wan Muhammad Amar, tiba pada 8.30 pagi di pusat mengundi berkenaan.

Beliau yang berpakaian jubah berwarna hitam turut beratur dan beramah mesra dengan pengundi lain di saluran tiga dan dilihat selesai mengundi kira-kira 8.38 pagi.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mastura, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Tiga lagi calon itu tidak berdaftar sebagai pengundi di kawasan Kuala Kangsar.

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi (termasuk 312 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir (luar negara) pada PRK itu.

Sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk PRK itu dibuka bermula 8 pagi ini dan akan ditutup pada 5 petang. – BERNAMA

Tags: Datin Mastura Mohd YazidPRK Kuala Kangsar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

Lagu ‘Demi Cinta’ Untuk Penduduk Kuala Kangsar

07/05/2018
0

KUALA KANGSAR - “Ayuh bangun, bersatu nawaitu, demi Kuale ku, mari berjuang panjatkan doa, Kuale kita punya,” demikian antara rangkap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd