• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK K.Kangar: 32,632 Pengundi Bakal Tunai Tanggungjawab Esok

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Sebanyak 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi esok bagi memilih wakil rakyat mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 23 pusat mengundi dengan 21 daripadanya adalah sekolah, manakala dua lagi dewan orang ramai akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Sebanyak 11 daripada pusat mengundi itu terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, manakala 12 lagi di DUN Manong yang semuanya melibatkan 69 saluran.

Sebanyak 312 daripada pemilih berdaftar itu merupakan pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab itu pada 14 Jun lepas manakala lima ialah pengundi tidak hadir.

Sementara itu, Pengarah SPR Perak Ahmad Adli Abdullah menasihati para pengundi supaya keluar awal bagi mengelak cuaca panas pada tengah hari.

“Walaupun masa mengundi itu panjang, tapi kalau boleh kita minta pengundi keluarlah lebih awal dan jangan tunggu sehingga saat akhir,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Adli turut mengingatkan pengundi supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan kad pengenalan mereka kepada mana-mana individu kecuali petugas SPR.

Katanya peti undi pertama yang dijangka tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Perak adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford memandangkan jarak antara kedua-dua tempat hanya kira-kira 500 meter.

PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor esok berikutan kematian Angggota Parlimen masing-masing iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua PRK itu adalah 75 peratus.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-13, peratusan keluar mengundi di Parlimen Kuala Kangsar adalah 84.3 peratus, manakala di Sungai Besar 88.3 peratus.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Bagaimanapun, daripada keempat-empat calon itu hanya Mastura yang berdaftar sebagai pengundi di Parlimen Kuala Kangsar, manakala Dr Najihatussalehah merupakan pengundi di Parlimen Parit, Dr Ahmad Termizi (Shah Alam, Selangor), manakala Izat Bukhary (Kelantan).

Mastura dalam sidang media hari ini berkata beliau sedia untuk keluar menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi esok di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin.

Calon BN itu sedang dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari berikutan kematian suaminya Wan Mohammad Khair-il Annuar.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai sebanyak 32,949 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 22,496 adalah Melayu; Cina (7,757); India (2,287); Orang Asli (330); Bumiputera Sarawak (16); Bumiputera Sabah (13) dan lain-lain 50. – BERNAMA

Tags: pengundiPRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ujian Darah Keluarga Mangsa JE Disahkan Negatif

Next Post

Polis Sabah Rampas Lebih 5kg Syabu Bernilai RM360,000

Related Posts

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan sedikit peralihan pengundi, namun keputusan masih dipengaruhi oleh jumlah pengundi...

Next Post

Polis Sabah Rampas Lebih 5kg Syabu Bernilai RM360,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd