• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK: Calon PAN Dakwa Bukan Jadi Khadam DAP?

oleh
08/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Setelah dikritik hebat sebagai boneka DAP dalam komponen Pakatan Harapan, calon PAN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Ahmad Termizi Ramli tiba-tiba tampil menafikannya.

Ketika muncul menyampaikan ceramah PAN yang dianjurkan oleh DAP di Taman Jerlun di sini lewat Selasa, saintis nuklear pro-Lynas itu mendakwa dirinya sebagai bukan menjadi khadam kepada parti cauvinis kaum Cina tersebut.

Sebaliknya, Ahmad Termizi menyatakan konon beliau merupakan khadam kepada semua rakyat Kuala Kangsar jika dipilih secara rasmi sebagai Ahli Parlimen yang baharu untuk kerusi Bandar Diraja Perak itu pada 18 Jun depan.

“Saya tiada apa-apa kepentingan dari segi kehidupan sebagai profesor pencen pun sudah cukup. Namun saya ingin balas balik ‘duit poket’ rakyat dengan menjadi khadam kepada penduduk di Kuala Kangsar ini,” kata beliau lagi.

Ironi di sebalik penjelasan tersebut, semua maklum bahkan melihat sendiri ramai pemimpin DAP mengiringi beliau termasuk calon PAN untuk PRK Parlimen Sungai Besar, Selangor, Azhar Abdul Shukor yang berlangsung serentak.

Screen Shot 2016-06-07 at 11.35.05 PM

Bukan itu sahaja, gerak kerja kempen PRK di kedua-dua kawasan malah dikawal selia ‘penuh ketat’ oleh DAP yang bijak berselindung dengan memakai baju berwarna jingga iaitu warna rasmi PAN demi mengelirukan penduduk.

Paling lucu, program ceramah dihadiri Ahmad Termizi turut diatur khas oleh jentera DAP sendiri dengan penasihat parti itu, Lim Kit Siang dan ramai tokoh DAP Perak tampil menyampaikan ceramah sejak pukul 7.30 malam.

Lebih dahsyat lagi, ketika petugas media yang beragama Islam merayu agar jadual ceramah itu dilewatkan untuk memberi ruang cukup mereka dapat berbuka puasa dan solat Maghrib, urusetia PAN tidak dapat berbuat apa-apa.

Alasan diberi, kawasan perumahan itu didiami majoriti penduduk etnik Tionghua bukan penganut Muslim dan pihak media pula diminta menyesuaikan diri dengan acara disusun yang melibatkan kehadiran Ahmad Termizi.

Jika benar bukan khadam DAP, kempen PAN dalam PRK itu sendiri sudah membuktikan calonnya terpaksa akur sahaja dengan apa ditetapkan dan bayangkan bagaimana nasib beliau ini jika menang kelak? – Mynewshub.cc/HAA

#PRKKUALAKANGSAR

Tags: #PRKKUALAKANGSARKuala KangsarPRK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd