• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi Zulfahmi Di Luar Jangkaan

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin telah mempamerkan prestasi luar jangkaan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dalam Kelas Supersport di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

Namun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali berkata pelumba berusia 24 tahun itu perlu meneruskan rentak cemerlang untuk kekal berada dalam kelompok teratas itu.

“Ini adalah di luar jangkaan kita untuk tahun ini terutama selepas rekod prestasi tahun lepas yang kurang baik. Mungkin selepas berkahwin, tekanan sudah berkurangan, jentera baharu, kejohanan baharu, kelas baharu…mungkin tiada lagi tekanan untuknya.

Dia (Zulfahmi) pun sudah mula merasa keseronokan untuk kembali berlumba dan dia buat yang terbaik di Sepang. Namun kita sentiasa kena ingatkan dia supaya terus berusaha untuk buat yang terbaik untuk tahun ini. Setakat ini dia sudah buat lebih dari apa yang kita minta,” katanya kepada pemberita.

Razlan berkata demikian selepas majlis pengumuman tajaan 15 utas jam tangan BRM Chronographes sebagai hadiah kepada pemenang Siri Kejohanan Malaysia (MCS) dan Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK).

Selepas melakar kejayaan podium WSBK pada musim sulungnya dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua di Litar Sepang, Muhammad Zulfahmi gagal menyerlah pada perlumbaan seterusnya di Litar Donington Park, England apabila sekadar menduduki tempat ke-20.

Bagaimanapun, Razlan berkata beliau yakin bekas pelumba Moto3 negara itu mampu membuat kebangkitan pada perlumbaan pusingan kelapan yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Jun ini.

“Minggu ini perlumbaan di Litar Misano, Itali dan merupakan litar kegemaran Zulfahmi. Saya sasar Zulfahmi menamatkan perlumbaan dalam kelompok 15 teratas,” katanya. – BERNAMA

Tags: MotoGP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengusaha China Berminat Beli Kelab Liverpool

Next Post

98% Perniagaan Negara Berteraskan Sektor PKS

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

Next Post

98% Perniagaan Negara Berteraskan Sektor PKS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd