• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM KK Rampas Rokok, Mercun Bernilai RM1.3 Juta

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu merampas 22,790 bungkus rokok pelbagai jenama dan 18,650 batang mercun bernilai lebih RM1.3 juta semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata seorang lelaki berusia 20-an dipercayai warga Filipina tanpa sebarang dokumen pengenalan diri ditahan bersama barangan tersebut kira-kira pukul 1 pagi di Kampung Pirasan, Kota Belud, kira-kira 75km dari sini.

Turut dirampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Siasatan awal mendapati rokok dan mercun ini telah dibawa masuk melalui Pulau Mangsi, Filipina dan diletakkan sementara di sebuah rumah sebelum diagihkan untuk pasaran sekitar Kota Marudu, Kudat dan Ranau.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk nilai rokok, duti import, duti eksais, cukai jualan rokok dan mercun serta rampasan kenderaan berjumlah RM1,363,644,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu di sini hari ini.

Mohamad berkata polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Sabah. – BERNAMA

Tags: marinmercunRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd