• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ugutan Pengerusi NGO: Polis Terima 3 Laporan Mangsa

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tiga laporan mangsa berhubung aktiviti peras ugut susulan tangkapan seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata tiga laporan itu dibuat oleh tiga mangsa selepas tangkapan dilakukan ke atas pengerusi berkenaan yang bergelar Datuk, semalam.

“Polis telah mengambil keterangan mereka dan siasatan kes itu masih dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan “Inisiatif NBOS: Go To Safety Points Bersama Petronas” di stesen Petronas, Jalan Air Kolam, Ampang, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai status reman suspek yang tamat hari ini, Khalid berkata pihaknya akan menyambung reman suspek bagi melengkapkan siasatan.

Semalam, polis mengesahkan menahan pengerusi NGO itu bersama pemandunya, seorang lelaki warga India, kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai.

Menyentuh mengenai rakaman video ugutan dan ancaman kumpulan militan Daesh rakyat Malaysia yang tersebar luas di media sosial, Khalid berkata pihaknya tidak gentar dengan ugutan dan ancaman tersebut, dan ini bukan pertama kali kumpulan itu mengeluarkan video seperti itu.

Mereka sudah banyak kali mengeluarkan video seperti itu sebelum ini, katanya.

“Saya ingin menyatakan di sini bahawa PDRM tidak akan sesekali membenarkan elemen Daesh untuk bertapak dan juga untuk menyebarluaskan fahaman mereka ini.

“Jadi janganlah cuba nak gertak PDRM dan kami tidak memandang ringan ugutan-ugutan yang dibuat kumpulan ini…saya fikir kami sudah terlalu ‘tua’ untuk terima gertakan seperti ini kerana kami (PDRM) sudah berusia 209 tahun. Kalau setakat buat ugutan dari jauh kami tidak gentar langsung,” katanya.

Khalid berkata percaya keseluruhan pasukan PDRM berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam memantau kegiatan kumpulan berkenaan di negara ini, termasuk pemantauan di sempadan negara yang dijadikan laluan kumpulan itu untuk keluar masuk.

“Kawalan keselamatan di pintu masuk sempadan negara memang sentiasa dipertingkat. Saya percaya petugas di pintu masuk akan lebih berhati-hati dalam membuat tapisan, mereka yang keluar masuk dari sana.

“Saya juga meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan di tempat awam sebagai langkah berwaspada dengan gerak-geri kumpulan ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay mengesahkan seorang daripada tiga individu dalam klip video yang dimuat naik kumpulan militan Daesh adalah rakyat Malaysia dikenali sebagai Mohd Rafi Udin.

Mohd Rafi yang berasal dari Negeri Sembilan meninggalkan Malaysia untuk menyertai militan Daesh di Syria pada tahun 2014 dan merupakan ahli Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Ayub Khan. – BERNAMA

Tags: Kes Ugutpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd