Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Sistem Pengurusan Senjata KDN...

JOHOR BAHRU - Sistem pengurusan senjata di sesetengah agensi di bawah Kementerian Dalam...

Mangsa Banjir Diselamatkan Dengan...

Kuala Berang : Helikopter terpaksa digunakan bagi memindahkan 18 mangsa banjir termasuk bayi...

Liga Super: Negeri Sembilan...

SEREMBAN - Pasukan Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super setelah...

‘So Sweet’: Wanita Kahwin...

Apabila Lauren Adkins bertentang mata dengan watak Edward Cullen daripada sekuel Twilight, ia...

Peserta Felo Perdana Dan Menteri Perlu Saling Membantu

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu peserta Program Felo Perdana dan mentor mereka, iaitu menteri-menteri, supaya saling membantu mencari nilai tambah di kementerian masing-masing.

Pada majlis penyerahan Felo Perdana 2016 kepada menteri Kabinet di sini hari ini, beliau berkata interaksi menteri dengan peserta Felo Perdana akan turut membolehkan mereka memahami pemikiran dan kehendak golongan muda.

“Jangan pandang pelajar sebagai hanya menyusahkan kita tetapi lihatlah mereka sebagai peluang sumber intelek untuk kembangkan pemikiran,” katanya.

Felo Perdana 2016 melibatkan 82 pelajar daripada 52 universiti dalam dan luar negara yang mengikuti 47 jurusan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Program Felo Perdana juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang soal mentadbir sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

“Bila lihat dari luar, mungkin mudah bagi kita untuk mengkritik dan memberi pandangan. Tapi kita lihat dari dalam, kita akan faham rupanya mentadbir negara berbilang agama, kaum bangsa, budaya dan bahasa tidak semudah seperti mana kita lihat dari luar,” katanya.

Najib berkata generasi muda juga jangan hanya mengkritik kerajaan sebaliknya perlu turut memberikan cadangan alternatif yang efektif dan bernas bagi membantu pentadbiran negara.

Katanya kerajaan sering kali berdepan dengan masalah yang kompleks dan terpaksa membuat keputusan tidak popular serta menyebabkan kemarahan dalam kalangan rakyat.


“Bukan pilihan yang mudah bagi kerajaan untuk membuat keputasan.

“Kita ada pertimbangan yang selalu ada konflik seperti soal harga minyak. Kita nak naikkan harga minyak, kita tahu ia tidak popular. Orang marah. Kalau tidak naik, kita kena keluarkan subsidi.

“Kalau keluarkan subsidi orang tidak sedar. Ini adalah dana awam yang boleh kita gunakan untuk buat jalan kampung, projek perumahan dan pelbagai projek pembangunan. Soalnya, keputusan perlu dibuat,” katanya.

Najib dalam pada itu berkata pada tahun ini buat pertama kalinya, Program Felo Perdana melibatkan kerjasama daripada pihak swasta menerusi aktiviti ‘structured boot camp’ pada waktu malam.

Penglibatan itu termasuk Khazanah Nasional, Media Prima, Petronas, Felda Global Ventures, Bursa Malaysia, CIMB Berhad dan Gamuda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori