• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat TUDM Dipintas Jet Tempur Indonesia Di Natuna

oleh
27/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah pesawat pengangkutan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya dipintas oleh dua jet pejuang Tentera Nasional Indonesia (TNI) ketika terbang di ruang udara Kepulauan Natuna di Indonesia.

Perkara tersebut turut disahkan para pegawai Kementerian Pertahanan pada 26 Jun. Pesawat berkenaan ketika itu dilaporkan mengguna pakai laluan penerbangan biasa ditetapkan di tengah-tengah perairan Laut China Selatan.

Seorang pegawai kanan yang enggan dinamakan memberitahu agensi berita antarabangsa AFP bahawa dalam kejadian kelmarin, pesawat C-130 tersebut dalam penerbangan dari Subang, Selangor ke Labuan di timur Malaysia.

“Penerbangan di ruang udara Kepulauan Natuna adalah laluan penerbangan biasa,” kata pegawai tersebut, yang menambah pesawat C-130 berkenaan masih lagi dapat meneruskan penerbangannya ke Sabah meskipun dipintas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika dihubungi pihak media tempatan turut mengesahkan kejadian tersebut dan berkata: “Ya… pesawat itu memang dipintas oleh dua jet tentera Indonesia.”

Insiden berlaku dua hari selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo mengunjungi kepulauan tersebut dengan menaiki kapal perang – dalam satu langkah yang dianggap bagi menunjukkan kehebatan kuasa pihak TNI sendiri.

Ia meletus selepas beberapa insiden tegang dengan kapal-kapal nelayan China menceroboh perairan Natuna sekali gus mencetuskan kebimbangan kerajaan Beijing mahu menuntut gugusan kepulauan milik Jakarta tersebut.

Pesawat TUDM Dipintas Jet Tempur Indonesia Di Natuna

Tidak seperti sesetengah negara jirannya di Asia Tenggara, Indonesia secara teknikal sebenarnya tidak mempunyai pertikaian maritim dengan China berhubung isu pertindihan tuntutan pulau-pulau kecil di Laut China Selatan.

Namun, pihak China mempunyai tuntutan bertindih terhadap zon ekonomi eksklusif Indonesia – perairan untuk sesebuah negara berhak mengeksploitasi sumber-sumber alam; yang kebetulan berada pula di sekitar Natuna.

Hishammuddin bagaimanapun tidak memperbesar-besarkan insiden terpencil itu malah menegaskan kerajaan Putrajaya dan Jakarta mempunyai hubungan diplomatik amat rapat termasuk dari segi kuasa ketenteraan.

“Saya tidak risau kerana ini perkara biasa dan ia berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini. Jika ada sebarang insiden antara kami, kami boleh menguruskannya antara satu sama lain dengan cara diplomatik.

“Kami tidak akan biarkan sebarang insiden merosakkan hubungan kami,” tambahnya. Kepulauan Natuna terletak di tengah-tengah Laut China Selatan serta memisahkan Semenanjung Malaysia dengan negeri Sabah dan Sarawak.

Pada 2002, Indonesia kalah kepada Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Belanda dalam kes tuntuan bertindih Sipadan dan Ligitan, dua pulau kecil di Laut Sulawesi berhampiran Sabah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: TUDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

TUDM Sahkan Pendaratan Kecemasan Pesawat Latihan Di LTSAH

19/08/2025
0

ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlakunya kes pendaratan kecemasan melibatkan sebuah pesawat latihan Pilatus PC-7 MkII di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd