• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat EgyptAir Mendarat Cemas Di Uzbekistan

oleh Ahmad Albab
08/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Ancaman bom memaksa pesawat EgyptAir dalam penerbangan dari sini ke Beijing mendarat cemas di Uzbekistan hari ini, menurut pegawai Mesir. Semua 135 penumpang dan kru dalam pesawat Airbus A-330-220 itu dibawa keluar dan pesawat digeledah.

Pesawat itu mendarat di lapangan terbang di Urgench, kira-kira 840 kilometer ke barat ibu negara Uzbek, Tashkent, tiga jam selepas ia berlepas dari Kaherah kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Menurut pegawai Mesir, seorang pemanggil tidak dikenali memberitahu ejen keselamatan di Lapangan Terbang Kaherah bahawa terdapat bom dalam pesawat berkenaan. Anggota pengawal kemudian segera menghubungi pesawat dan mengarahkannya mendarat di lapangan terbang terdekat.

Di Russia, agensi berita RIA Novosti memetik seorang pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, lapangan terbang berkenaan ditutup sementara bagi membolehkan pesawat Egypt terbabit melakukan pendaratan kecemasan.

Ia insiden terbaharu selepas pesawat EgyptAir terhempas di Laut Mediterranean yang dalam penerbangan ke Kaherah dari Paris, tiga minggu lalu.

Semua 66 orang di dalam pesawat terbunuh dan sehingga kini, operasi mencari kotak hitam pesawat masih dijalankan. – AP

Tags: EgyptAir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Api Di Kokpit Punca Nahas EgyptAir

28/04/2022
0

Rom : Pesawat EgyptAir yang terhempas dan meragut nyawa 66 penumpang di Laut Mediterranean disebabkan kebakaran di kokpit, menurut rumusan...

EgyptAir: Tiada Masalah Teknikal Sebelum Berlepas

25/05/2016
0

KAHERAH - Nahas pesawat EgyptAir menunjukkan tiada isu teknikal sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd