• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perokok Meningkat Kepada 5 Juta Orang Pada 2015

oleh Ahmad Albab
04/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kajian Kementerian Kesihatan mendapati bilangan perokok berusia 18 tahun ke atas meningkat pada kadar membimbangkan iaitu lima juta orang pada tahun lepas berbanding 4.7 juta orang pada 2011.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata walaupun jumlah perokok bertambah namum peratus perokok dalam kalangan rakyat Malaysia menyusut kepada 22.8 peratus daripada keseluruhan populasi pada tahun lepas berbanding 23.1 peratus pada 2011.

“Jumlah perokok mencatatkan peningkatan sebanyak 0.3 juta orang dalam tempoh lima tahun. Punca utama peningkatan perokok disebabkan penambahan bilangan penduduk di negara ini serta kurangnya kesedaran orang ramai terhadap bahaya rokok.

“Mereka juga penyumbang kira-kira 20,000 kematian pramatang dan komplikasi merokok setiap tahun. Kementerian Kesihatan membelanjakan sebanyak RM2 juta setiap tahun bagi merawat peyakit berpunca daripada rokok,” katanya selepas merasmikan Program Nafas Baru Bermula Ramadan:Hijrah Hidup Tanpa Rokok di Politeknik Balik Pulau di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata pelbagai pelan strategik dilaksanakan bagi mencapai sasaran 390,000 perokok membuang tabiat itu dalam tempoh tiga tahun, selari dengan sasaran negara mengurangkan 30 peratus penggunaan tembakau di Malaysia menjelang 2025.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata antaranya program mQuit yang diperkenalkan untuk memberi ruang kepada perokok mendapatkan tiga peringkat sokongan iaitu nasihat profesional penjagaan kesihatan, bahan bantuan berhenti merokok dan kesungguhan perokok itu sendiri.

“Ia membabitkan kerjasama Kementerian Kesihatan dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Akademi Farmasi Malaysia dan Syarikat Johnson and Johnson Sdn Bhd serta dilaksanakan di semua klinik kesihatan di seluruh negara, farmasi terpilih dan secara dalam talian.

“Selain itu, sebanyak 140 perkhidmatan kesihatan swasta turut memohon diberikan akreditasi mQuit bagi membolehkan mereka melaksanakan perkhidmatan itu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya kesedaran terhadap bahaya rokok dalam kalangan perokok masih lagi rendah apabila hanya 20 peratus daripada setiap 100 perokok di negara ini berjaya berhenti merokok selepas mendapatkan rawatan di Klinik Berhenti Merokok.

Kira-kira 20 orang dari setiap 100 perokok menunjukkan perkembangan positif dan tidak lagi merokok setelah mendapatkan rawatan dan kaunseling secara berkala selama enam bulan di Klinik Berhenti Merokok.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan mempunyai 544 Klinik Berhenti Merokok di seluruh negara iaitu masing-masing 144 klinik di hospital kerajaan dan 400 di klinik kesihatan.

“Bagaimanapun, pencapaiannya masih rendah dan membimbangkan kerana kebanyakan perokok gagal menamatkan program berkenaan,” kata Dr Hilmi. – BERNAMA

Tags: Hilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Cadang Ketum Ubat Sakit, Pulih Tagih Dadah

17/12/2017
0

BALIK PULAU - Kerajaan tidak bercadang menjadikan ketum sebagai ubat tahan sakit atau rawatan ketagihan dadah, walaupun struktur dan molekul...

Skim PPBP: Pesakit Tidak Mampu Bayar Tetap Akan Dirawat

21/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pesakit yang tidak mampu membayar caj dan kos perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd