Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Ambil Ubat Jika Perlu...

SHAH ALAM - Masyarakat disaran hanya mengambil ubat jika perlu dan atas nasihat...

VTL: Laluan Baharu Antara...

PUTRAJAYA - Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) baharu ke Thailand dan Kemboja akan...

3 Pelajar Malaysia Juara...

HEBAT... Pencapaian membanggakan oleh tiga orang anak tempatan apabila berjaya menjuarai pertandingan Program...

Juru Kimpal Rugi RM339,900...

KUALA KRAI: Seorang juru kimpal kerugian RM339,900 dipercayai ditipu individu yang menyamar sebagai...

Perdana Menteri Kemboja Diberi Sambutan Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Kemboja Hun Sen yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini hari ini.

Hun Sen dan isterinya Bun Rany tiba pada Rabu untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia ke-25 mengenai ASEAN di Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua hari bermula Rabu lepas, telah disambut oleh rakan sejawatannya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Selepas lagu kebangsaan Kemboja dan Malaysia dimainkan, Hun Sen kemudian memeriksa kawalan kehormat terdiri daripada 103 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Perdana Menteri Kemboja itu diiringi Najib, diperkenalkan kepada barisan menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan dan diplomat asing yang hadir.

Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan perbincangan.


Kementerian Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja dalam kenyataannya berkata, Hun Sen dan Najib mengadakan perbincangan bertujuan meningkat dan mengeratkan persahabatan yang sekian lama terjalin serta kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Menurut kenyataan Wisma Putra, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah US$385.8 juta pada tahun 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori