• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyu Hampir Mati Kerana Selfie

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEEKOR penyu kini bertarung nyawa selepas ia dilaporkan diseret ke darat oleh pelancong di sebuah pantai di Lubnan sebelum mereka memijak dan memukulnya.

Penyu berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan kekejaman berkenaan dikesan selepas pelancong terbabit memuatnaik gambar dia berselfie dengan penyu itu dalam media sosial pada 14 Jun lalu, iaitu dua hari sebelum sambutan Hari Penyu Sedunia.

Keadaan ini mencetuskan kemarahan di kalangan aktivis yang memuatnaik gambar berkenaan dalam Facebook Animals Lebanon dengan tajuk `Mati untuk selfie’?

“Penyu laut ini diheret ke darat di selatan Beirut dan digunakan oleh orang ramai untuk berselfie, kemudiannya berulang kali memukul kepalanya.

“Animals Lebanon kini membantu Kementerian Pertanian dan Pertahanan Awam untuk memastikan penyu laut tidak mati akibat perbuatan yang tidak perlu, boleh dielak dan kejam,’’ kata Animals Lebanon dalam satu kenyataan.

Penyu berkenaan telah diberikan antibiotik dan x-ray turut dilakukan di kepalanya.

Selain itu, pihak berkuasa juga kini sedang berunding dengan pakar-pakar daripada Kumpulan Zoo Veterinar bagi memastikan penyu berkenaan mendapat rawatan yang diperlukan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: penyuselfie
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

31 Kematian Penyu Di Terengganu Dalam Tempoh Tiga Bulan

01/04/2022
0

Dungun : Sebanyak 31 ekor penyu ditemui mati di negeri ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd