• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pensyarah Dikecam Suruh Pelajar Minum Air Kencing

oleh AK-47
05/06/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pensyarah universiti, Jason Hansen dikecam selepas dikatakan menyuruh seorang pelajar minum air kencing demi mengejar kredit tambahan untuk subjek pengajiannya.

Video itu menjadi viral selepas seorang pelajar merakam insiden tersebut dan menghantar rakaman itu kepada seseorang di stesen televisyen tempatan.

Jason mengajar subjek Psikologi dan Biologi di Universiti Brigham Young, Utah, Amerika Syarikat.

Tampil bagi membersihkan nama, Jason berkata bahawa itu bukanlah air kencing sebaliknya air kencing tiruan yang sengaja diberitahu bahan kumbahan miliknya bagi bab pengajian buah pinggang yang diajarnya kepada kelas tersebut.

“Saya katakan kepada pelajar siapa yang nak cuba minum air kencing (palsu) dan pelajar itu setuju. Saya dah pernah buat pembelajaran macam ini dalam kelas sebelumnya namun tiada sebarang aduan yang dilemparkan kepada saya.

“Kebiasaannya, saya akan jelaskan di kelas akan datang bahawa itu merupakan air kencing tiruan yang diperbuat daripada cuka masakan. Ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang seronok dan saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan sesiapa,” kata Jason.

Menurut Jason, pelajar diminta meminum air kencing untuk melihat bagaimana buah pinggang berfungsi bergantung kepada warna air kencing yang dikeluarkan seseorang individu itu.

Walaupun itu cumalah ‘prank’ dan kaedah pembelajaran, ternyata tak semua pelajarnya boleh menerima cara pensyarah itu mengajar.

Berikutan hal kontroversi itu, Jason dikhabarkan tidak akan menyelitkan modul pembelajaran tersebut untuk sesi kelas-kelasnya di masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Amerika SyarikatUniversitivideo
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

Lokman Adam Setuju PH Kalah Kerana Politik Identiti, Perkauman

Lokman Adam Setuju PH Kalah Kerana Politik Identiti, Perkauman

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Mohamad Sabu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd