• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

108 Tahun Penjara, Cabul Budak Lelaki Pelarian Syria

oleh Ahmad Albab
04/06/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Seorang penjenayah pedofilia dijatuhi hukuman 108 tahun penjara oleh sebuah mahkamah di Turki selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas berpuluh kanak-kanak lelaki pelarian Syria.

Hukuman dijatuhkan ke atas seorang tukang cuci di kem pelarian Nizip di Gaziantep tenggara Turki, selepas didapati seramai 30 budak lelaki Syria berusia 8 hingga 12 tahun didera secara seksual dalam bilik air kem pelarian sejak September 2015 sehingga awal tahun ini.

Suspek berusia 29 tahun yang hanya dikenali sebagai E.E, mengaku mengumpan kanak-kanak ke kawasan yang tidak dipantau kamera pengawasan seperti tandas dan bilik air, untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas membayar 1.5 hingga 5 lira (RM2 hingga RM6.95).

Beliau turut mendakwa ramai pekerja dan pengurus di kem terbabit mendera kanak-kanak pelarian secara seksual.

Serangan seksual itu  dikesan Pihak Berkuasa Bencana dan Lembaga Pengurusan Kecemasan Turki, yang mengendalikan kem dan melindungi kira-kira satu per sepuluh daripada pencari suaka Syria di Turki di pusat-pusat pelarian mereka.

Penderaan seksual itu mencetus kemarahan meluas di Turki, yang berbangga memberi perlindungan kepada 2.7 juta pelarian perang Syria.

Ia turut menekankan betapa terdedahnya pelarian kanak-kanak di negara Anatolia ini. – AGENSI/BH ONLINE

Tags: pedofiliapenjenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd