• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Warga Asing Siap Pasang ‘Mata-Mata’

oleh Ahmad Albab
02/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Peniaga warga asing yang menjual sirih di Jalan Silang, di sini dikesan menggunakan khidmat ‘mata-mata’ untuk menghidu pergerakan pihak berkuasa yang membuat operasi di lokasi berkenaan.

Walaupun operasi dijalankan setiap hari, namun mereka masih berdegil dan menjalankan perniagaan secara haram itu tanpa berasa khuatir dikenakan tindakan.

Bukan saja menjual secara haram di kaki lima, malah warga asing terbabit meludah sesuka hati di tempat awam sehingga menyebabkan persekitaran menjadi kotor.

Dalam operasi yang dijalankan Bahagian Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula jam 2 petang, semalam, enam peniaga terdiri daripada tiga penjual sirih dan tiga tukang kasut ditahan.

Ketua Inspektor Penguat Kuasa DBKL K Rama berkata, sepanjang 2015, sebanyak 223 kes dilaporkan terhadap peniaga sirih menerusi operasi ‘Anti Kotor’ dan 665 notis kompaun bagi kesalahan meludah di tempat awam membabitkan jumlah RM66,500.

“Pihak DBKL sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap sikap warga asing tidak bertanggungjawab meludah di kawasan awam,” katanya selepas mengetuai operasi harian di Jalan Silang, di sini, semalam.

Menurutnya, setiap kali operasi dijalankan, ‘mata-mata’ akan menjalankan tugas mereka dengan melaporkan kepada peniaga sekiranya terlihat kenderaan penguat kuasa berada di kawasan berhampiran.

Rama berkata, mereka akan menjual dengan harga seringgit ke dua ringgit satu plastik. Warga asing pula akan mengunyah daun sirih itu sebelum meludah sesuka hati di atas jalan dan kesan kotoran berwarna kemerahan itu sukar untuk dibersihkan. – myMetro Online

Tags: DBKLpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd