Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Lelaki Myanmar Ditemui Mati...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala...

Visa Haji Percuma Bagi...

KUALA LUMPUR - Rezeki isteri, rezeki suami. Itulah yang dirasai oleh seorang pengunjung...

Tendang Wanita…Polis Ambil Serius

LELAKI yang menendang pekerja penghantar makanan wanita di Puchong, Selangor, kelmarin, akan dituduh...

Sokongan Pengundi Muda Faktor...

KOTA BHARU - Sokongan pengundi muda serta kesedaran tinggi di kalangan pengundi luar...

Penduduk Gempar, Puluhan Paus Terdampar Di Pantai

PULUHAN ekor paus dengan panjang 3-5 meter terdampar di pesisir pantai Desa Randu Pitu, Kecamatan Gending, Kabupaten Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia semalam.

Daripada jumlah tersebut antara lima hingga tujuh paus dilaporkan mati selepas terperangkap pada akar hutan bakau.

“Saya mendapat laporan daripada penduduk sekitar pukul 2.30 petang, ada berpuluh-puluh paus terdampar di tepi pantai,” kata Penghulu Randu Pitu, Sumemo.

Samemo berkata, pada masa ini kakitangan jabatan perikanan dan lautan telah pun datang untuk  menyelamatkan kumpulan paus tersebut dengan berusaha membawa kesemuanya kembali ke tengah laut.

Bagaimanapun, beberapa paus didapati telah mati selepas tersangkut pada akar pokok bakau. Mengikut hitungannya, antara lima hingga tujuh paus tidak berjaya diselamatkan.


Ditanya mengenai fenomena paus terdampar seperti itu, Samemo menyatakan ianya kejadian biasa bagi penduduk di pesisiran pantai namun, peristiwa ini baru pertama kali terjadi di desa tersebut. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori