• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda PAS Kesal Tindakan Golongan Anti Vaksin

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemuda Pas kesal dengan tindakan segelintir golongan anti vaksin yang menghasut masyarakat agar tidak mengamalkan pengambilannya dengan menggunakan alasan tidak konkrit tanpa berlandaskan kepada kajian saintifik.

Pengarah Jabatan Pekerja, Pengguna dan Alam Sekitar Pemuda Pas, Dr. Mohd Ibrahim memaklumkan bahawa Islam mengharuskan penggunaan vaksin sekalipun ia mengandungi bahan terlarang sekiranya tiada pilihan ubat yang lebih baik.

“Sebenarnya, pada masa ini tiada bahan terlarang dalam vaksin kanak-kanak kecuali vaksin untuk rotavirus; itu pun tidak tersenarai dalam jadual imunisasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Ibrahim berkata demikian bagi mengulas dua insiden yang berlaku berikutan serangan penyakit difteria di Sungai Petani, Kedah dan Ujong Pasir, Melaka baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd Ibrahim memaklumkan bahawa pemberian vaksin juga bertepatan dengan maqasid syar’iyyah iaitu khususnya pada aspek hifz al-nafs (penjagaan terhadap nyawa).

“Kita disyariatkan untuk menjaga dan memelihara nyawa dalam kehidupan seharian kita. Jika sesuatu boleh mendatangkan mudarat maka perlu ditinggalkan.

“Begitu juga apabila sesuatu bahan itu jika tidak digunakan yang akan mengakibatkan kemudaratan pada nyawa serta tubuh, maka wajib kita mengambilnya walaupun ia mengandungi unsur yang meragukan,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: anti vaksinPemuda PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

Pemuda Pas Rancang Himpunan Pertahankan Tuanku Sultan Selangor

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas merancang untuk mengadakan 'Himpunan Mempertahankan DYMM Tuanku Sultan Selangor' Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri...

Peserta Konvoi Tak ‘Rem-Rem Motor’ Tunjuk Power – ADUN PAS

Peserta Konvoi Tak ‘Rem-Rem Motor’ Tunjuk Power – ADUN PAS

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Program 'Konvoi & Lepak Anak Muda Bersama YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Dewan Pemuda PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd