• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembiayaan Kewangan Penuh Bagi Pembeli Kereta Proton

oleh Ahmad Albab
16/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Koperasi Islam terbesar Malaysia, Bank Rakyat hari ini bekerjasama dengan Proton Holdings Bhd (Proton) dengan menawarkan kemudahan pembiayaan kewangan 100 peratus bagi pembelian kereta Proton termasuk Proton Perdana yang baru dilancarkan pada Selasa.

Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata tawaran itu terbuka kepada semua penjawat awam dan swasta yang menepati syarat-syarat pinjaman dan tempoh tawaran itu terbuka sepanjang masa.

“Bank Rakyat sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan sebagai inisiatif membantu rakyat memiliki produk tempatan, kami tampil dengan tawaran ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan model Proton Perdana baharu di sini.

Majlis pelepasan itu diadakan seiring dengan promosi Kempen Beraya Bank Rakyat yang menawarkan Pembiayaan Kenderaan-i serta produk auto yang lain dengan tawaran hadiah wang tunai sehingga RM400,000.

Pada majlis sama, turut diadakan program Pautan Ramadan Kacau Bubur Lambuk bertujuan menyemarakkan sambutan bulan Ramadan di samping mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

“Kira-kira 5,000 bungkus bubur lambuk akan diagih di beberapa lokasi tumpuan ramai seperti KL Sentral, Stesen LRT Bangsar dan Masjid Bangsar bermula 3 petang ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd