• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai TLDM maut, Kereta Dirempuh Lori Ais Di Sitiawan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SITIAWAN – Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori membawa muatan ais di Kilometer 8 Jalan Sitiawan-Kayan berhampiran Masjid Al-Rahmaniah, Batu 8, Lekir di sini, hari ini.

Mangsa, Leftenan Ahmad Adzani Ismail, 28, maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berumur 45 tahun hanya mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi tadi, mangsa dipercayai dari arah Teluk Intan ke tempat kerjanya di Pangkalan TLDM Lumut.

“Kereta jenis Proton Saga yang dipandu mangsa tiba-tiba dalam keadaan melintang. Lori yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak lalu melanggar bahagian sebelah kanan kereta,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tengku Mohd Zailan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat manakala pemandu lori di bawa ke Klinik Kesihatan Lekir untuk rawatan lanjut.

Ahmad Adzani telah bersama TLDM sejak 2006 dan kini berkhidmat sebagai Pegawai Peperangan Elektronik di KD Tun Laksamana Tun Abdul Jamil. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd