• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Amanah: Mahkamah Kekal Pembebasan Bekas Peguam

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan bekas peguam S. Kanawagi daripada 11 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM11.6 juta tabung amanah Linggui Valley Orang Asli.

Hakim Datuk Azman Abdullah, juga mengekalkan keputusan mahkamah sama yang melepas dan membebaskan anak lelaki Kanawagi, K. Dinesh Kanawaji daripada pertuduhan bersubahat dengan bapanya meluluskan pengeluaran wang RM7 juta daripada tabung amanah itu untuk pembelian kondominium bagi kepentingan syarikat Virgin Properties, yang dia menjadi anggota lembaga.

Azman berkata keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah tepat dan betul berhubung pengeluaran wang RM2.2 juta bukanlah daripada tabung amanah itu dan kegagalan pendakwaan untuk membuktikan pengambilan wang amanah oleh Kanawagi dan anaknya.

Hakim itu juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Kanawagi dan Dinesh daripada lebih 40 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan sebahagian daripada jumlah RM11.6 juta dalam kes pecah amanah itu.

Azman membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Kanawagi dan Dinesh yang juga bekas peguam terhadap semua pertuduhan itu.

Bagi pertuduhan pertama, Kanawagi dituduh dengan curang meluluskan pengeluaran wang RM7 juta daripada tabung amanah itu bagi pembelian 27 unit kondominium di Lanai Gurney, Jalan Semarak di sini antara 14 Julai, 2008 dan 13 Julai, 2009.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Kanawagi didakwa membuat dua pemindahan wang secara telegrafik pada 2003 dan 2004. Dia juga menghadapi tujuh pertuduhan lain mengeluarkan wang RM21,500 dan RM1,158,160 daripada tabung amanah itu antara 2001 dan 2008.

Bagi pertuduhan kesebelas, Kanawagi didakwa bertindak bercanggah dengan terma surat ikatan amanah dengan mengeluarkan RM2.2 juta daripada tabung amanah untuk membuat pembayaran kepada seseorang.

Jumlah wang yang terlibat dalam kes itu adalah RM11,644,907.

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di firma guamannya, Tetuan Khana & Co di No 3, Jalan Abdullah, off Jalan Bangsar di sini.

Pada 4 Sept 2015, Mahkamah Sesyen membebaskan kedua-dua beranak itu daripada semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan tanpa memanggil mereka membela diri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hidayatul Syuhadah Shamsudin manakala Kanawagi dan anaknya diwakili peguam Amer Hamzah Arshad. – BERNAMA

Tags: pecah amanahPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

05/06/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat Negerí Sembilan dan Tengku Besar Tampin membantah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh...

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd