• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas Siasat Kes Tembak Setiausaha PKR

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong ditembak mati di Lutong, Sarawak, pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan berkenaan akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dev Kumar M. M Sree Shunmugam.

Khalid berkata PDRM akan menghantar pegawai JSJ Bukit Amam bagi membantu pasukan berkenaan.

“Setakat ini, punca kematian masih dalam siasatan dan saya minta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta tampil bagi membantu siasatan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis menandatangani nota kerjasama PDRM dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Institut Integriti Malaysia serta pelancaran buku Kod Etika PDRM, Pelan Integriti PDRM 2016-2020 dan Manual Pematuhan Standard PDRM di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai motif kejadian itu, Khalid berkata pihaknya masih menyiasat.

“Kes ini sensitif, biar polis jalankan siasatan dahulu untuk ketahui punca dan jejaki penjenayah itu. Jadi, kami tidak mahu ada individu membuat sebarang spekulasi.

“Sekiranya ada sebarang perkembangan mengenai kes itu ia akan dimaklumkan oleh Ketua JSJ Sarawak,” katanya.

Kayong, 43, yang merupakan calon PKR di kawasan Bekenu pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu mati ditembak kira-kira 8.30 pagi tadi ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Lutong.

Polis mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh.

Kayong juga merupakan Setiausaha Persatuan Dayak Sarawak (Pedas) yang memperjuangkan kebajikan masyarakat Dayak. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakartembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

Tembak Wanita Hamil: ‘Kami Sentiasa Rindukan Mummy, Doa Orang Yang Buat Mummy Terima Hukuman’ – Anak

24/07/2025
0

KOTA BHARU: "Kami sentiasa rindukan mummy sejak tiga tahun lalu dan sentiasa berdoa supaya orang yang membunuh mummy ditahan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd